Sila2 mengklik yer....TQ

Thursday, December 30, 2010

Tercapaikah r angan2....


Errrmmmmm....camner nak start ekkk......

Tinggal 1 hari lagi untuk kita meninggalkan 2010...So camner ngan azam yg ditanam diawal tahun lalu???
Adakah tercapai r hanya menjadi angan2?

Memang mudah menanam azam tapi melaksanakan adalah 1 perkara yg berbeza...
Aku sendiri x dpt melangsaikan azam2 aku dari tahun2 yg lalu...rasa tiap2 tahun pun aku berazam benda sama tapi hampehhh jer memanjang bila ujung tahun benda tu jadi angan2 semata..

Azam ni berkaitan dengan keinginan yg kuat untuk melaksanakan...kalau kata org tua2 "hangat2 tahi ayam" baik rentikan...

Tahun ni aku x mo tanam azam...aku akan follow the flow...mmg benda nak dibuat ada kat kepala dah tapi belum pahat kat hati lagi. So saper2 yg rasa2 rasa nak tanam azam tu cuba renung berapa banyak azam yg dah tertunai...kalau dah mcm aku gak baik retikan jer.....

Tapi mungkin org akan kata aku dah putus asa...tapi ini bkn putus asa cuma aku dah naik maleh..maleh nak memikir..maleh nak melaksana...biarlah masa menentukan segala (acehhhhhh....dah mcm tajuk lagu la plak)

Aper2 pun aku ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN 2011"

Tinggalkan hari smlm menjadi sejarah n kenangan..namun jadikan juga ia sebagai pengajaran untuk menghadapi hari mendatang.....

Wednesday, December 29, 2010

Sayang...melampau sayang..terlampau syg..Syg di Syg... Lemau jadinyer...

Pelikkan tengok tajuk n3 ari ni......

Jgn hairan bin ajaib..aku nak main felling2 ari ni..

Sebenarnya aku heran dengan seme word tu....Sayang..itu aku rasa normal...melampau sayang mungkin pada keluarga yg paling dekat seperti ayah n ibu...yg paling parah bila terlampau sayang..seme benda nak dibuat tuk org yg terlampau disyg tu...sanggup bagi segala jiwa n raga...abih2 yg disyg betambah melemau (ala2 biskut masuk angin) naik melemak n segala benda nak kena suap..mmg cantik..ujung2 badan sendiri yg sakit nak sediakan segala tok nenek...(geram jer hati aku ni menengoknyer) Tapi pasal dah x boleh nak mkn nasihat ...hahhhh lantak la kooo...

Boleh mmg boleh syg tapi jgn terlampau syg sampai mata naik buta dengar kasih sayang...kesian kan diri sendiri sebelum mau terlampau syg pada org lain...atau org2 tua kata "sayang biar berpada2"..jgn satu hari nanti org yg kita terlampau syg akan menjadi org yg kita benci...

Sayanglah pada Allah kerana padanya kita meminta n berserah
Sayang pada Ibu bapa adalah yg utama kerana mereka tiada galang gantinya...
Sayanglah pada diri sendiri sebelum sayang itu boleh dikongsi
Sayanglah pada keluarga (utk yg dah kawin yer) dengan seada2nya n jgn lah berlebih2an kerana kita
tidak mahu terkechiwaaaaa di kemudian hari.... 

TQ cik Googgle

Sayang selepas disayangi........namun biar perpada..."ingat pesan makcik ni yer..."

Go...Go...Malaysia.......Malaysia boleh.... (iklan jab jgn mara)

Monday, December 27, 2010

Mitos N Fakta...(Kolesterol)

Banyak mitos yang beredar di kalangan masyarakat mengenai kolesterol. Kurangnya pemahaman yang betul menyebabkan informasi yang salah mengenai kolesterol dan gejalanya. Untuk itu, penting mebetulkan mitos-mitos yang telah lama beredar didlm masyarakat agar gejala kolesterol dapat dihindari dengan lebih cermat dan tepat.

Mitos: Makan daging kambing akan menyebabkan kolesterol tinggi dan hipertensi.
Fakta: Tidak benar. Tidak ada bukti bahwa daging kambing mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi dibanding jenis daging merah lainnya.

Mitos: Pada orang dengan kolesterol tinggi, jika rajin olahraga dan diet serta tubuh dalam kondisi fit bererti kadar kolesterolnya baik.
Fakta: Selain olahraga dan diet, ada hal lain yang memengaruhi kadar kolesterol, seperti berat badan, merokok, riwayat keluarga, umur, dan jenis kelamin. Agar kolesterol terjaga, diperlukan pola hidup sihat.

Mitos: Kolesterol tinggi dan penyakit kardiovaskular hanya masalah lelaki.
Fakta: Tidak benar. Meski sebelum menopause wanita memproduksi estrogen yang boleh mengurangi risiko penyakit jantung, tetapi perlu diingat faktor lain seperti hiperkolesterol, hipertensi, diabetes, faktor keturunan, dan sebagainya.

Mitos: Cukup menghindari daging & santan, kolesterol pasti normal.
Fakta: Belum tentu, kerana 8% dari kolesterol darah dihasilkan dari dalam tubuh kita sendiri. Bila metabolisme sudah memburuk, maka diperlukan ubat selain perubahan ke gaya hidup sihat.

Mitos: Kadar kolesterol tinggi tidak berbahaya karena tak menimbulkan gejala.
Fakta: Meski tidak bergejala, kadar kolesterol yang tinggi berbahaya karena mengubah dinding pembuluh darah dan memicu jantung koroner.

Mitos: Kadar kolesterol yang tinggi hanya diderita orang tua.
Fakta: Kolesterol tinggi boleh diderita orang dari berbagai golongan usia, mulai dari anak-anak, remaja, hingga orang tua.

Mitos: Orang gemuk memiliki kadar kolesterol lebih tinggi dari orang kurus.
Fakta: Belum tentu, kerana kadar kolesterol dipengaruhi banyak faktor, termasuk apa yang kita makan, seberapa cepat tubuh memproduksi dan membuang kolesterol jahat, tingkat kesihatan, dan kebiasaan makan.


Moga2 dengan fakta2 diatas dptlah kita more alert mengenai kolesterol ....Layan yer...


Ikhsan dari mr.goggle....TQ

Sunday, December 26, 2010

Sharing is caring lagi..........

Tengah Bosan2 ari minggu xder buat aper..belek2 email2 lama...n terjumpa la email ni...

Rasa mcm interesting n perlu dishare(sharing is caring kan).....kepala pun berputar ligat..memandangkan blog ni x berupdate smlm aku selit jer la kat sini..sesuai tuk funfuan maupun yg lelakinya...jemput2 baca yer...
Selama ini mungkin Anda merasa sebagai pasangan yang normal, perhatian sudah Anda curahkan, kasih sayang tak pernah sedikitpun terlewatkan. Tetapi mengapa Anda masih diduakan ya? Well, mungkin Anda punya ciri-ciri berikut ini:

1. Anda terlalu mudah membiarkan orang baru masuk pada kehidupan peribadi Anda.

2. Anda merasa tidak percaya diri, minder, dan merasa tak boleh hidup sendiri.

3. Anda tahu bahwa hubungan Anda tak sehat, tetapi Anda membiarkannya saja.


4. Hampir semua hubungan masa lalu Anda bermasalah.

5. Anda terlalu mudah jatuh cinta dan terbuai oleh rayuan lelaki.

6. Anda senang mendengarkan pujian, dan lebih senang mendengarkan kata-kata drpd memperhatikan sikap seseorang.

7. Anda terlalu terbuka, dan tak segan menceritakan tentang keburukan mantan di masa lalu


8. Anda orang yang emosional dan mudah menangis

9. Anda menceritakan permasalahan Anda dengan menggebu-gebu, dan terkadang terlalu berlebihan saat menanggani masalah.

10. Yang pertama kali Anda nilai dari seseorang adalah penampilannya.


11. Anda takut sendiri dan merasa kesepian.

12. Anda tergila-gila pada film-film drama percintaan yang mengundang air mata.

13. Anda cemburu buta.

14. Anda terlalu posesif dan takut kehilangan.


15. Anda meremehkan teman dan berpusat pada si dia saat berpacaran.


Allahuallam...betul ker idak x dapek la nak memaklumkannyer........

Friday, December 24, 2010

Nasihat Berguna....

Untuk mengurangi makan berlebih ramai yg minum air terlebih dahulu sebelum makan. Sebaiknya hilangkan kebiasaan itu, jika ingin minum sebelum makan lakukanlah satu jam sebelum waktu makan.

Menelan air terlalu banyak tepat sebelum makan memang membuat Anda kehilangan nafsu makan karena lambung menjadi penuh. Tapi minum air sebelum makan akan membuat proses penyerapan makanan oleh enzim menjadi lebih sukar.

Karena air yang diminum memerlukan waktu 30 minit mengalir dari lambung menuju usus.  Jadi jika minum sebelum makan, belum pun sempat air menuju usus sudah ditambah dengan makanan yang membuat enzim bekerja lebih sukar.

Profesor Hiromi Shinya MD, pakar enzim yang juga dekan kedoktoran di Albert Einstein College of Medicine AS, seperti ditulis dari karangannya, 'The Miracle of Enzyme', Sabtu (20/2/2010), menyarankan agar minum air putih dilakukan 1 jam sebelum waktu makan.

Seperti halnya tanaman, menurutnya ada period yang baik untuk minum kerana pengairan yang berlebihan pada tanaman akan membuat tanaman menjadi busuk dan layu. 


Itu lah Kesahnyaaa...so jgn banyak sgt teguk air masa mkn, Kata org2 tua kalau kuat minum masa mkn hati jadi sebal...yer kerr...... 

 Ehsan dari Goggle

Thursday, December 23, 2010

Jln2 Lagi....


Berjln2 ni mmg seronokkan....poket pun naik kempis dibuatnya... Layan kerenah anak2 dara yg tengah membesar...all sort of thing depa nak... tengok ni nak tu..tengok nun nak nin...x layan kang merajuk plak. Lagi susah kalau depa minta payung dari org lainkan. Pikir2 baik kita jer payungkan walaupun sesekali poket tu menjerit minta berenti.... (aku lak jenis tengok jer...kalau tengok cermin pameran tu boleh pecah mmg dah banyak la cermin yg bederai - belek sampai lebam tu)

Sambil jln2 ni terfikir gak, org lain raya kita pun raya kan...selagi ada raya seme outlets ader buat sales...mana x bila jln2 kat shopping mall jawapnya rabak...mmg malas sebenarnya nak melangkahkan kaki ker shopping2 mall ni kalau xder aper nak cari..tapi that day mmg terpaksa sbb nak sgt cari brg tu so gagahkan la kaki ni ker saner..

Kemeriahan utk menyambut x'mas mmg terasa sgt kat situ....segala pokok habis dipakaikan baju lap-lip..pas2 ada lak fesyen show bebudak tengah dok on.....(sian bebudak disoh tergelek2 tayang baju mujur xder yg tunjuk perasan) layan la tengok samer walaupun sekejap sambil2 snap gambo buat kenangan.... naik penat lak telinga aku dok dengar riuh rendah..tah maner satu nak dengar..kepala pun naik celaru so aku ajak depa chow... So lepas ni lmbt lagi la aku nak sampai kat situ...(sorry la shopping2 mall seme..kalau bedozen2 org cam aku ni mau x berbisnes la depa kan)

So utk korg2 seme Selamat Bercuti yer.......
me wit my  anak dara.....

Wednesday, December 22, 2010

D'Rawang Wit Adik....


Seperti yg diplan...sibujang pie berkonvoi ke Rawang dari Sg. Buloh...Fuhhhh...kalau aku sure x sanggup..
Silap2 baru 2 kali kayuh dah tumbang...

Mmg depa ni kuat semangat (pada pikiran aku laa) Sampai Rawang pie lak mandi-manda kat sungai...

Tengok konvoi tu mmg best kan...kalau aku masih belasan tahun aku rasa mau aku pun joint samer...

Terima kasih pada keluarga sahabat anak aku (Hana n Family) diRawang kerana sudi menyediakan tempat penginapan utk bebudak ni... (Jasa mu ku kenang -  kata anak aku)

Buat la ape pun janji benda positif yer.......hindarkan benda2 negative....Chiyo!!!Chaiyoo!!!

Tuesday, December 21, 2010

Kemeriahan Ari Ahad Yg Lepas.......

Musim cuti sekolah mmg menjadi agenda tuk majlis bersanding...

So last Sunday kami dijemput ker Dewan Felda utk meraikan majlis persandingan kerabat kami.

Pengantin masih mengunakan khidmat bekas pakandam (Awie) aku dulu... masih vouge n up to date u solekannya, pelamin juga disediakan n dihias oleh beliau.

Aku betul2 have fun sbb dpt menyumbangkan suara dimajlis tu...(lama dah x kuarkan sore depan public)

Yg paling best dpt berjumpa kaum kerabat n sahabat handai bila berkunjung kemajlis2 seperti ini..."Killing a bird with one stone" kata org phutehh.....

Layan lah scenery kat majlis tu yer.......

Monday, December 20, 2010

Info Senin...(Apakah warna anda???)

Warna Aura

                     Nikmati Masa Hidup Selagi Ada Waktu. Bila Hidup
                     Bertemu Penghujung, Masa Tidak Bisa Berpatah Lagi



Merah

mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar.

Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.

Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain.

Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat.

Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.

Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari. 
Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat.

Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia.

Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan.

Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.

Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka.

Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.

Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.

Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.  
Indigo

Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka.

Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri.

Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban.

Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.

Ungu

Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara.

Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.
 

Sunday, December 19, 2010

Hari Sabtu Dtg Lagi........


Aku hangkut family pie tengok cerita yg hangat sgt dibualkan org ramai....."Antu Mak Limah"
Sampai mak aku pun nak follow sekali...masing2 dah termkn kata2 member2 yg dah pie tengok...

Tapi mmg sedih, abih tengok movie tu ahli keluarga aku cam blur.....ada cerita ker tengok tadi????
Mmg ada a few scene yg lawak, yg menjadikan bertambah lawak adalah gelagat2 penonton tu sendiri....

Yg over gelak ada...Yg melepas angin (kuat bunyi tuuuu) pun ada...... Yg menjerit2 pun ada....

So kesimpulan bagi cerita yg aku tengok smlm....ni pendapat aku - cerita kurang ngam...lawak ok...audio kureng cun dan keseluruhannya sedihhhhh......(sorry yer saper yg terasa)
Mungkin ini percubaan pengarah utk mengarah movie ala2 Eddie Murffy - betul ker ejaan aku tu? (istilah aku lawak pak itam) Some scene adalah menjadi tapi kalau ini 1st try so cograte aku pada dia sbb berjaya juga kasi pecah panggung kan...

Lepas pie tengok movie kami pie lak alas perut singgah di Warong Ayam Penyet...



Makanan mmg kena la ngan citarasa org2 kita Podehhhh mak aiiii.... services cepat ...harga still ok laa.....

Ok sampai sini dulu ya mau ke Kenduri kawin lagi......nanti sisusuli ngan scenery dihari kenduri ya....Daaa (ni pasal mkn ayam penyet la ni udah ubah slanganya...)

Friday, December 17, 2010

Kebiasan Yg Buruk.....

Memang yang namanya kebiasaan buruk pastilah merugikan bagi kita, namun berdasarkan penelitian, tidak semua kebiasaan buruk itu merugikan.  Berikut adalah beberapa kebiasaan buruk yang baik untuk kesihatan. (yer ker? ada sesaper berani mencuba)

Marah : baik untuk menjaga tekanan darah

Kita sudah terbiasa diperingatkan untuk menahan marah karana boleh menyebabkan Tekanan Darah Tinggi (hipertensi), tetapi sekarang hal itu tidak berlaku karana melepaskan amarah memberikan kebaikan bagi kesihatan. Peneliti dari Carnegie Mellon University di Pittsburgh, bahwa orang yang segera bertindak dlm sesuatu hal yang menyakitkan hati (yang boleh menyebabkan stress) dengan kemarahan, mampu menjaga tekanan darah tetap normal dan mengeluarkan sedikit kortisol (hormon penyebab stress) daripada orang-orang yang merespon dengan rasa takut dan memendam perasaan mereka

Mengumpat : mengurangi rasa sakit

Pada zaman dahulu, operation yang dilakukan tanpa adanya anestesi, pesakit menggigit sebatang kayu untuk mengurangi rasa sakit. Cara ini memang sedikit mengurangi rasa sakit, yang dibuktikan pada penelitian.
Namun menurut para peneliti di Keele University, pesakit boleh menahan rasa sakit ketika mereka mengumpat atau memaki-maki dari pada menggunakan kata-kata non-ofensifDr. Richard Stephensseorang psikologi yang menjadi salah satu peneliti, mengatakan bahwa mengumpat berhubungan dengan respon adrenalin.
Ditemukan juga pada orang yang sedang mengumpat memiliki detak jantung yang tinggi, sehingga meningkatkan agresifitas mereka. Peningkatan agresifitas telah terbukti mengurangi kepekaan seseorang terhadap rasa sakit.
(hahh..mengumpat jgn x mengumpat yer...)
Bermalas – malasan : menambah beberapa tahun kehidupan anda
Profesor Peter AXT, mengatakan bahwa seseorang yang bangun pagi-pagi dan menyibukkan diri sepanjang hari adalah awal menuju kematian. Menurutnya, bermalas-malasan adalah kunci untuk hidup lebih lama dan penangkal stress.
Dia menyarankan untuk menghabiskan setengah waktu luang kita untuk bermalas-malasan. Penelitian menunjukkan seseorang yang terlalu sibuk, menghabiskan energi yang diperlukan untuk keperluan lain seperti regenerasi sel dan menangkal penyakit.Pada tesisnya, dia membandingkan antara haiwan yang hidup di alam liar dengan haiwan yang ada di kebun binatang. Misalnya, Singa di Serengeti hanya mampu hidup selama 8 tahun, tetapi mampu hidup selama 20 tahun di kebun binatang.
Manfaat lain adalah bahwa otak kita jauh lebih aktif ketika kita melamun. Melamun biasanya dikaitkan dengan hal-hal negatif seperti ketidak-aktifan otak. Namun menurut Profesor Psikologi Kalina Christoff di University of British Columbia, otak kita sangat aktif ketika melamun, jauh lebih aktif daripada kita fokus pada tugas-tugas rutin.

(Kena lebih berangan la plak lepas ni kan...)

Stress : meningkatkan memory

Stress dalam jangka waktu yang lama seperti perceraian dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh sehingga tubuh menjadi rentan terhadap infeksi. Namun stress akut (stress dalam jangka waktu pendek) mampu meningkatkan memori otak, menurut para peneliti di University of Buffalo U.S.
Hal ini disebabkan oleh kortisol, mempengaruhi bagian otak yang mengendalikan proses pembelajaran dan memori otak. Stress akut meningkatkan transmisi glutamat, substansi yang menyampaikan pesan pada otak dan meningkatkan kerja memori otak.

Menghindari Pekerjaan Rumah Tangga : mencegah asma anak

Meningkatnya jumlah alergi dan kondisi autoimun (seperti psoriasis) selalu dihubungkan dengan masalah higien dan kebersihan. Tetapi sebenarnya itu bukan masalah utama.
Survey yang dilakukan tahun lalu di Bristol Universitydan Brunel University menunjukkan bahwa wanita yang menggunakan produk-produk pembersih rumah tangga selama kehamilan akan meningkatkan risiko anak terserang penyakit asma.

Muzik Rancak Yg Kuat : merangsang otak

Menonton konsert musik rock, atau menyalakan muzik di rumah dengan volume suara yang kuat, mungkin baik untuk kekuatan otak anda. Menurut penelitian di Manchester University, ketika mendengarkan muzik, bagian dalam dari telinga (sacculus) dirangsang untuk merespon ketukan dalam musik.
Hal ini membuat sensasi kesenangan pada otak dan membuat kita merasa nyaman. Sacculus, yang dianggap tidak memiliki fungsi dalam pendengaran manusia, tampaknya hanya sensitif terhadap suara dengan volume yang sangat keras, di atas 90 desibel.
Ketika sacculus dirangsang dengan suara muzik yang keras, otak merespon dengan melepaskan hormon yang membuat kita merasa tenang, bahagia, dan responsif. Jadi untuk memberikan rasa bahagia pada hari Isnin pagi, dengarkan muzik rancak dengan volume yang kuat. 
(ini mmg kegemaran no. 1 aku...)

Minuman Berkarbonat : mencegah demensia

Meskipun dianggap sebagai penyebab kerosakan gigi dan obesitas, minuman berkarbonat dua gelas sehari dapat mencegah Alzheimer dan meningkatkan kemampuan memori sebesar 20%.
Ahli syarat dari Glasgow Caledonian University, memfokuskan pada otak bagian hippocampus yang bertugas menciptakan memori baru, dimana terjadinya dementiamenghambat kerja hippocampus.
Dr. Leigh Riby melakukan test memori terhadap sukarelawan, setelah mengambil minuman berkarbonat yang mengandung gula 25 g, mampu mengingat 17% lebih banyak memori daripada yang tanpa mengambil minuman berkarbonat. 

Gelisah : melawan obesitas

Peneliti dari Mayo Clinic U.S mengatakan bahwa orang yang sering gelisah selalu cenderung kelihatan lebih langsing daripada orang yang selalu tenang dalam menghadapi permasalahan.
Gerakan-gerakan ringan yang dilakukan secara tidak sadar saat gelisah seperti gerakan kaki, tangan, jantung berdebar, peregangan otot atau menguap, mengeluarkan 350 ekstra kalori per hari.

Ahli 
EndokrinologiJames Levine, mengatakan ada perbezaan besar jumlah kegelisahan antara orang-orang yang ramping dan orang-orang yang obesitas. Dimana sering temukan kegelisahan pada orang-orang yang ramping.


Pikir2kan...n selamat mencuba.......(berani ker?)

Wednesday, December 15, 2010

Kecelaruan Perasaan.....

Kecelaruan perasaan melanda aku...

Sedih, Gembira n Boring....

Tapi kecelaruan aku ni mmg x dapat nak bendung melainkan aku dapat selesaikan permasalahan
yg bersarang dengan segera "ala2 mee segera - 2 minutes siap" Rasa x mungkin kot.

Masalah yg paling besar, anak kaki 4 aku yg x sihat... dari badan ala2 kancil kata member aku, skrg dah ruper ermmm kurus kecut, bulu terbalik.......kesian giler...

Makan pun x lalu terpaksa aku suapkan air glukos supaya dia bertenaga. Mmg sedih.


 Burn masa sihat...

x sanggup aku nak letak foto sakit dia...doakan moga dia sembuh.... insyaallah by next monday aku akan bawa Burn pie klinik...moga xder komplikasi.

Tuesday, December 14, 2010

Makan-makan.....Jom

Tetiba teringin nak mencuba makan di D' Maggis, Kuang, Selangor wit family. Kalau dari teratak aku nu lebih kurang 20 minutes perjlnan la. X jauh maner pun on the way kalau nak balik kampung aku (kampung ker?)

Harga boleh dikira bebaloi.. rasa pulak..ermmm....ala2 jer.

Tempat mmg cantik dan cozy giler (dari pandangan mata lah)...tapi banyak nyamuk la plak..

Services mmg tiptop.... kebersihan kedai juga terjaga....

Kalau teringin jom la dtg mencuba....tapi kena dtg awal la kot nak elakkan nyamuk kan....

Enjoy..........................

Monday, December 13, 2010

Basikal ohhh basikal......

Aduhhhh seram, berketar jantung n seribu satu perasaan....

Itu la feel aku bila siadik nak buat "Le Tour D'Rawang" ari sabtu ni....

Kalau korang ditmpt aku aper perasaan korg ekkk??? Baru2 ni ni dia buat "Ronda2 The Curve"
tengah2 mlm buta...sampai kena tabrak dilaluan kesaner (tabrak tu dilanggar) x jugak serik2 nak gak berkayuh ... Alahai anak ibu.....layan kan jer...


Kalau setakat ker Alam Jaya n Kpg Melayu Subang dah jadi "kacang" katanya....

Erm.......Layankan jer lahhh...semoga selamat pie n selamat balik hendaknya....


Gelagat adik ketika "Ronda2 The Curve" sekitar 2am.....

Sunday, December 12, 2010

Selamat Pengantin Baru.....

Penat mmg penat....nama pun kendurikan

Tapi bila melihat hasilnya hilanglah kepenatan yg melanda...meriah mmg meriah..riuh mmg riuh....
masa ni la kalau nak jumpa sanak-saudarakan....

Tidak ada kata yg dapat aku luahkan dari kegembiraan ini....

Kepada semua merpati sejoli yg telah mengesahkan ikatan kalian ucapan aku
"Selamat Pengantin Baru - Semoga jodoh anda berkekalan hingga kehujung nyawa"
Bertolak ansurlah n selalulah berbincang utk kebahagian bersama.


Mlm bersuka ria.....

Ari sabtu dtg lagi....

Tapi sabtu kali ni ader differ nyer....nak tau sbb aper......sbb esok kena attend relative wedding diN9.

Itu la perbezaanya...so nak bersuka ria sampai lewat mlm x boleh la jawapnya...esok nak kena bangun awal n kena gerak pun awal kang x pasal2 kena sembur...x tahan woooo

Jadi mlm ini aku hanya dpt melalak ker Pesta Ria di Shah Alam. Kalau dulu2 kami panggil Funfair...

Bila ada funfair jawapnya adalah segala mcm mainan yg menguji ketangkasan...cuba dua, tiga mainan..haram la nak dpt cenderamata yg memuaskan...adeiii mcm membazir pun ada gak....1 token bersamaan 2 hinggit...kalau 1 mainan 2 token pastu asyik dpt air mineral...mmg rasa terbakar beb....paling canggih pun yg dpt angkut balik key chain...mmg hampehhhhhh...

Tapi aper2 pun aku n anak2 enjoyyyyyy.......

Friday, December 10, 2010

Tips Jumaat - senyum jgn x senyum.....

Rahsia panjang umur ternyata hanya sesederhana merekahnya sebuah senyuman. Semakin lebar senyum dan semakin dalam lipatan di sekitar mata Anda ketika tersenyum, semakin besar pula kemungkinan Anda untuk hidup lebih lama.

Kaitan antara senyum dan umur panjang ini diungkapkan oleh peneliti dalam riset yang dimuat di jurnal Psychological Science. Temuan baru ini menambah bukti lain bahwa hidup dengan kebahagiaan dan gembira memberi pengaruh kuat bagi kualiti kesihatan dan harapan hidup. Pengkaji percaya, lebarnya senyuman dan dalamnya kerutan di sekitar mata adalah cermin positif dari hidup seseorang yang dapat diterjemahkan dalam kesihatan jangka panjang yang lebih baik.

Di antara kelompok "senyum parsial', harapan hidupnya rata-rata mencapai 75 tahun. Adapun mereka yang senyumnya paling lebar memiliki usia rata-rata 79.9 tahun atau tujuh tahun lebih panjang dari rekannya yang "jarang senyum". Riset juga menemukan bahwa "senyuman palsu" tidak akan memberikan manafaat yang sama karena penambahan angka harapan hidup hanya terlihat pada yang memiliki senyuman asli yang dikenal dengan Duchenne smiles.

Senyuman Duchenne mengaktifkan sekelompok otot di sekitar mulut dan mata. Istilah ini dimunculkan oleh seorang ahli saraf pada abad ke-19. Senyuman ini berbeda dengan senyum palsu yang hanya melibatkan otot di sekitar mulut. Jadi mulai saat ini, tersenyumlah dengan lepas agar Anda tetap sihat dan panjang umur!   



So rajin2 la senyum yer..lagipun senyum tu kan sedekahhhh........ 

Thursday, December 9, 2010

Berlawak sambil menimba ilmu.....

Terjumpa n terbaca dari email yg disent oleh geng2 merepek aku. (email lama tapi still simpan buat stock)...Layan yer......

SYAITAN DAN HIDUNG
                                                                                                                     
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)
 
Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.
 
 
Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan
berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,
kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
 
Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
 
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
 
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
 
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
 
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Akhir kata.........
"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"
 
 
 

Wednesday, December 8, 2010

Tips Rabu.....Hayati....

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia. Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu. "Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya, '' ujar beliau.
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram. Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya. "Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu. Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh. Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai "tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia. "Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
"Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi. UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya. Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya, '' katanya

Tuesday, December 7, 2010

Menenangkan minda di Awal Muharam

Just to share with all...(ada ker yg kesah)...

Aper2 pun aku enjoy lepak umah ari ni...layan kerenah anak n anak2 kaki empat aku

Nak layan dvd x dapek. Dvd player aku jam so layan Astruk sampai lebam....

Kalau ikutkan aku ada jemputan dari keluarga Arwah sahabat aku utk majlis tahalil. Emmm....Diawal muharam ni genap setahun dia pergi meninggalkan kami....tapi memikirkan jarak dan masa so aku 
x dpt mengikuti majlis tersebut....

Ptgnya pula aku dpt 2 perkhabaran duka - salah seorg sahabat dari group SMSG 84-86-88 telah kehilangan ayah tersyg dijemput Illahi (Hidup mesti diteruskan, doa saja yg menjadi penyambung antara yg hidup n yg pergi) dan suami pada sahabat karib aku dimasukkan kehospital. (Inalliallahi wainailahirojiun)

Pada sahabat karib ku...semoga suami ko cepat sembuh...sabar yer.......(giatkan ikhtiar mencari penyembuhnya)

Aku plak mmg hari ni total aku korbankan tuk family....Azam aku ditahun baru ni aku mahu memperbanyakkan masa dengan keluarga, meningkatkan amalan (insyallah) dan cuba menjadi hamba Allah yg terbaik... semoga azam aku tercapai tahun ni

Inilah hidangan Awal Muharam kami .....

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualikum.......

Mungkin ramai tertunggu2 kedatangan tahun baru masihi...tapi beraper ramai yg menunggu utk
kedatangan tahun baru islam (Maal Hijrah)?

Mungkin ada tapi hanya segelintir....kenapa tidak kita sambut kedatangan Maal Hijrah dengan meriah?
Kenapa tidak kita jadikan Maal Hijrah sebagai acara utama mengantikan tahun baru masihi???

Apa bagus n bezanya tahun baru masihi dengan Maal Hijrah????? Kita masih boleh menanam azam bari dikedatangan Maal Hijrah...kita masih boleh menyingkap kesalahan yg telah kita lakukan ditahun yang lalu dan memperbaikinya ditahun islam yg baru.....

Musykilkan.......setiap insan ada pertimbangan n penilaian  tersendiri........

Cuba fikirkan ini.....Dimanakah yg dikatakan kita ini "Negara Islam"????? aku bkn radikal aku juga bkn optimis...tapi aku suka memikir, memerhati dan menilai.....

Dinegara apakah aku??????

Salam Maal Hijrah kepada seme...semoga tahun mendatang akan memberi seribu keberkataan dan sejuta kebahagian kepada anda.....

Sunday, December 5, 2010

Hari Lipur ku......

4hb Dec 2010

Petang

Aku mencuci mata n mencuci poket di jualan gudang Leno....hari ini hari kedua terakhir..... so ramai gak manusia yg nak mengosongkan poket diorg kat jualan tu....

Tujuan asal nak cari hadiah kawin saudara tup2 benda lain yg dibeli...anank dara sulung aku yg berborong sakan...mmg koyak gak poket aku...

Tapi ok la bkn benda membazir pun yg dibeli...

Senja

Pie mkn di Kedai Tomyam Norshahirah di Kpg Sg. Buloh Baru..
Makanan memuaskan harga reasonable..mmg boleh pie lagi



Malam

Melepaskan geram ngan anak2 diKaraoke di Sg Buloh... walupun x sehebat "Red Box" tapi
selesa n kami enjoy........



5hb Dec 2010

Sehari suntuk dirumah menyediakan keperluan family n pie cuci siputih aku....

Inilah perkara yang aku buat di hari2 lipurku...anda bagaimana?

Semua ada cara tersendirikan...ada yg melancong n ada juga yg suka memejamkan mata dan segala mcm perkara yg dpt merehatkan minda dari tekanan kerja n berhibur bersama keluarga....

Setiap masa yg berlalu n pekara yg dilakukan bersama family akan meninggalkan seribu kenangan pabila aku dipanggil nanti.......

Saturday, December 4, 2010

Tips Jumaat - Terlmbt Post da......

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA  

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 


1. 
Pemarah  paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. (ada skit kat aku nii...)


2
 . Pendendam  tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (dulu laaa....skrg punnnn)


3. 
Hasad dengki  - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (confirm xder)


4. 
Bakhil  - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia 


5. 
Tamak  orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 


6. 
Tidak sabar  andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

 
7. 
Ego  - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 


8. 
Riak  terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.. 


9. 
Cinta dunia  - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

 
Kesimpulan 
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. 


Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. 


Wallahualam"