Sila2 mengklik yer....TQ

Thursday, February 10, 2011

Lemak di perut......(aduzzzz......)

Kepada yang ingin mengikis timbunan lemak yang sekitar perut, enam rahsia berikut ini mungkin dapat membantu. Tip ini adalah langkah bijak tanpa harus melakukan pembedahan sedut lemak.

Tip ini adalah dari buku The Flat Belly Diet yang ditulis Liz Vaccariello dan Cynthia Sass. Mereka adalah editor majalah kesihatan Prevention.

1. Makanlah dengan cara mengambil 4 hidangan masing-masing bernilai 400 kalori setiap hari.

2. Jangan pernah membiarkan perut anda kosong lebih dari empat jam.

 
3. Masukan jenis makanan yang mengandung lemak tak tepu tunggal mono-unsaturated (MUFA) dalam menu Anda. Contoh makanan yang mengandung MUFA adalah kacang-kacangan (termasuk kacang tanah, kacang mete, kacang almond, kacang Brazil, kemiri dan pistachios) apricot, zaitun, dan sayur-sayuran berlemak lainnya, minyak kacang dan minyak zaitun.

4. Ketika dalam keadaan stres, tubuh Anda akan mengeluarkan hormon kortisol, yang akan membentuk penimbunan lemak di perut. Oleh sebab itu, belajarlah mengendalikan stres supaya program perampingan perut Anda berjaya.

5. Jalinlah dan pertahankan eksitensi Anda dalam kumpulan sokongan (support group) yang kuat. Carilah teman sebanyak-banyaknya untuk berberbincang dan berkongsi informasi. Anda pun dapat mencari kumpulan sokongan secara online.

6. Biasakan untuk mencatat dan mengingat apa saja yang telah Anda makan dan berapa banyak jumlahnya.



Selamat mencuba.....(menjadi ker agaknyer ekkk????



3 comments:

  1. huhu, nak mencatat tu yg malas tu kak. Kalau makanan dah depan mata, ngap saje, lebih2 lg sedap pulak tu. ..hihi

    ReplyDelete
  2. patutlah perut aku mcm perut org pregnant... hari2 aku stress... haiiyaakkkzzz....

    ReplyDelete
  3. wahh nice tips !
    trasa lemak mcm btmbh je sbb keje tido makan tido makan je smtra tggu rsult spm kua.. hehe :)

    ReplyDelete