Sila2 mengklik yer....TQ

Tuesday, March 18, 2014

Yuran Penyelengaraan Bagi Bangunan.

Halooo...Haiii...

Hari ni saya nak cerita benda berat yg mungkin akan buat anda bosan, tapi jgn bosan dulu sebab ini adalah pengetahuan untuk anda semua. Saya pasti anda mmg suka utk menandatangani sesuatu tanpa meneliti apa yg anda tandatangani. Betul x??? Senyum jer la kan.

Ok skrg saya cerita apa itu Deed Of Mutual Covenant. Didlm perjanjian tersebut terkandung semua what can and cannot be done pada hartanah bertingkat and apa responsible pengurusan atas tunggakkan yuran penyelengaraan.

Jadi bila anda memiliki tunggakan yuran penyelengaaran, anda tidak boleh melenting atau meroyan bila tindakan diambil keatas anda. Biasanya tindakan yg diambil adalah mengunci bekalan air sekiranya air dibekalkan oleh pihak pengurusan atau memblock accesscard.

Ada juga pemilik yang memiliki tunggakan yuran penyelengaaran yang banyak hingga mencecah belasan ribu tapi disebabkan status sebagai pemilik dengan beraninya mereka2 yang tidak bertanggungjawap tersebut menubuhkan pula persatuan penduduk yang tidak perlu terikat dengan term "without any maintenance charges outstanding"  supaya mereka boleh "kononnya" mengeluarkan arahan dan aduan kepada pihak pengurusan. Sekiranya pemilik bersatu dan tahu apa keperluannya pembayaran yuran penyelengaraan dilakukan on time, sudah pasti pemilik akan memboikot penghutang tegar tersebut. Tahu kenapa? Kerana wang penyelengaraan yg dibayar oleh pemilik yg dipanggil "master payable" akan digunakan untuk menampung operasi harian penyelenggaraan bangunan dan peralatan dan sipengutang pula mengunakan segala facilities dengan percuma, ditambah sipengutang pula yg paling banyak membuat aduan untuk ketidakpuasan hati mereka. Bestkan camtu. Jgn plak lepas ni ramai pemilik nak jadi pengutang tegar, bahananya bangunan anda tidak berjaga dan valuenya akan jatuh mendadak. Pikir2kan yer.

Ada juga pemilik yang rasa disebabkan mereka telah membayar yuran penyelengaaran telah dibayar, jadi semua kerosakan termasuk didalam premises adalah tangungjawap pihak pengurusan. Silap... pihak pengurusan hanya menyelengaran harta milik bersama bukan harta individu. Rasa2 dah boleh paham apa itu yuran penyelengaraan...ermmm masih kurang paham? Nanti akan saya cuba saya terangkan lagi dilain masa.

Perlu bergegas... bekalan air telah disalurkan tapi pump dan water tank plak bermasalah.. :(

jumpa lagi yer. Chill and have a pleasant day.







1 comment:

  1. haiii.... lama ika x dtg sini... jemput baca entry ni jap... ika nak mintak bantuan sikit =)
    http://www.atikahnorbaki.com/2014/05/jom-like-penyertaan-lavender-di-tumix.html

    ReplyDelete