Sila2 mengklik yer....TQ

Monday, August 27, 2012

Kenangan Raya 2012

As Salam Syawal,

Sempat lagikan kalau aku nak mengucapkan As Salam Syawal pada semua. Baru nak masuk 2 minggu pun raya kan...

So camner raya kengkawan seme? Pada aku tahun ni adalah tahun "Raya Malas". Semua benda pun aku malas nak buat. Paling2 yang aku buat merendang jer, mengemas, melawa dan sewaktu dengannya x masuk dalam dairy raya aku tahun ni. Entah kenapa aku extra x terdaya tahun ni.

Walaupun begitu, acara berziarah ke rumah2 saudara yg terdekat harus dilaksanakan. Kalau dihitung mmg ramai so aku kira2 jer tahun ni mana umah yg aku nak ziarah. Mmg kemalasan terlalu menebal kat diri aku tahun ni. Mohon maaf pada kerabat2 yg aku terskip yer.




Layan jer la gamba2 yg aku upload ni sebagai tatapan...

Sunday, August 5, 2012

As Salam Ramadhan,

Lamanya aku x menhupdate blog comot aku ni. Ermmmm... Mmg aku terlajak dan terover BZ utk beberaper bln yg lepas. Dengan melayan jiwa aku yg kacau dan mengadap segala masalah buatan manusia yg hatinya berkarat.

Alhamdullilah, pertolongan Allah dapat juga aku mengeluarkan diri dari belenggu masalah yang x pernah habis. Setelah puas aku berfikir dan mohon petunjuk, Dia berikan dorongan yg kuat utk aku melepaskan segala ketakutan yg bersarang dijiwa dan membantu aku terus melangkah tanpa perlu menoleh lagi.

Mmg cara aku meninggalkan masalah dan kekalutan jiwa disitu dianggap kurang matang, namun setelah puas aku pikir dan ku nilai mmg sesuai apa yg aku lakukan. Persetan dengan tanggapan orang, kerana yg menanggung adalah aku dan bukan mereka...

Skrg.... Walaupun aku masih dibidang yg sama namun jiwa ku dlm ketenangan. Mungkin kerana aku kini bergerak solo. Cover-mengcover dah x wujud, sakit hati...errrmmmm.... masih ada tapi x parah. Masalah, teramat kurang n yg paling terkasima, org hargai apa yg aku lakukan waima kerja2 melibaskan paperwork. Aku akui aku tidak arif dibahagian teknikal, tapi aku sanggup utk belajar dan bertanya. Ilmu sentiasa kita jana hingga ke hari tua.

Property adalah bidang aku x mungkin aku akan beralih arah. After 8 years with the same company, aku mencuba melangkah kesyarikat yg baru.

Doakan yg terbaik utk aku.

AMIN....