Sila2 mengklik yer....TQ

Monday, January 3, 2011

Kenali ciri2 lelaki pendera.......(kaki pukul n segala mcm la tuuu)







Kredit to cik Bawang Goreng...:-


Punya suami yang kasar dari segi pertuturan dan tingkah laku, kaki dera mahupun panas baran yang ringan sangat melayangkan kaki dan tangan, pasti mahu dielak oleh semua wanita. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh duduk di bawah satu bumbung dan tidur pula sekatil dengan suami si kaki tempeleng, gemar caci maki, sepak terajang dan pukulan yang menjadi santapan harian isteri malang.

Tidak kurang juga begitu banyak kes isteri yang dizalimi suami disiarkan di dada akhbar. Lebih menyedihkan, terdapat juga tragedi hitam di mana ada suami yang hilang pertimbangan sanggup memukul isteri dengan kejam sehingga menemui ajal. Senario sebegini ternyata begitu membimbangkan golongan wanita kerana suami yang diharapkan menjadi pelindung, kini tidak teragak-agak meragut nyawa isteri sendiri. Suami menzalimi isteri, mengapa lelaki hilang pertimbangan? Apakah punca ia berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Sebenarnya, ramai wanita yang sudah dapat membaca ciri lelaki sebegini ada pada pasangan mereka sejak sebelum berkahwin lagi. Akan tetapi, lantaran rasa cinta buta yang mendalam, mereka sering menutup mata dan memekakkan telinga akan kelemahan ini dan akhirnya tindakan poyo ini memakan diri sendiri apabila melangkah ke alam perkahwinan.

Choopp! Nanti dulu! Sebelum anda terjebak dengan suami zalim begini, adalah lebih wajar jika anda kenali ciri-ciri lelaki pendera sebelum anda mendirikan rumahtangga. Apakah ciri-ciri lelaki yang suka mengasari wanita? Bagi wanita yang belum berkahwin, perhatikan 16 sikap yang akan disenaraikan dalam entry ini. Jika sikap sebegini ada pada teman lelaki atau pasangan anda, maka belum terlambat untuk anda mengundur diri.
1 – Extra romantis
Jangan cair bila pasangan terlalu kerap melontarkan kata-kata romantis seperti ‘abang tak boleh hidup tanpamu’ atau ‘abang akan tetap setia selamanya’ ataupun ‘cinta abang sentiasa mekar untukmu’... [Boleh muntah darah wooo kalau dengar ayat2 ni...]

Sebaliknya, cuba berhati-hati dan berfikir dengan waras. Jangan termakan dengan ayat power ‘tangkap leleh’ atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.
2 – Terburu-buru dalam hubungan
Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini suka terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Dia selalu kelihatan bersemangat untuk melangkah ke tahap yang selanjutnya lebih ‘advance’ seperti bertunang dan segera menikah, walaupun sebenarnya anda baru saja mengenalinya. Lelaki pendera akan cuba mendesak kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan perilaku yang baik dan konsisten untuk jangkamasa yang lama.

Jika lelaki ini yang anda temui, tidak salah jika anda berwaspada. Jangan turut brsikap terburu-buru dengan mengiyakan apa saja ajakannya. Fikir dahulu dan ambil lebih masa untuk mengenalinya. Di samping itu, cuba jadi ‘Inspector Gadjet’ untuk mengetahui latar belakang dirinya sebanyak mungkin agar anda tidak menyesal di kemudian hari.
3 – Asyik berbicara tentang diri sendiri
Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi ‘judgement’ anda dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.
4 – Ambil berat yang berlebih-lebihan
Lelaki pendera benar-benar ingin mendengar tentang semua masalah yang anda alami pada peringkat awal perhubungan. Dia bahkan mungkin mempunyai masalah yang sama dirinya sendiri. Jadi berwaspadalah, dia mungkin melakukan satu dari dua perkara: dia mungkin sedang belajar semua tentang anda dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi ‘push button’ atau senjata yang terbaik untuk memalukan anda di masa akan datang, atau dia mungkin mendorong anda untuk merasakan bahawa sekurang-kurangnya dia memahami apa yang sedang anda alami.
5 – Cemburu buta
Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Kenyataan ini memang ada betulnya, tetapi jika cemburunya tidak keterlaluan. Jika sikapnya melampaui batas, terlalu mengawal, mengawasi, mengongkong anda dan bersikap 
cemburu buta yang tidak munasabah, maka anda sememangnya layak untuk berwaspada. Hati-hati apabila pasangan anda asyik cemburu walaupun dengan teman sekerja, teman paling rapat mahupun cemburu dengan keluarga dan saudara-mara anda sendiri.

Selain itu, si dia juga selalu meminta anda meluangkan masa bersama dengannya dan tidak segan silu menagih perhatian anda hanya untuk dirinya sahaja. Dia juga mahu anda report memberikan laporan, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar, sampai jam berapa dan pendek kata, apa saja yang anda lakukan. Perlu diingatkan, sikap cemburu sebegini boleh menjadikan manusia hilang pertimbangan dan tidak mustahil dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda sendiri.

6 – Mengawal atau mengongkong

Lelaki pendera lazimnya sangat suka mengawal atau menongkong pergerakan pasangan kerana dia sentiasa memerlukan masa dan perhatian pasangan. Lelaki pendera juga tidak mustahil akan mengawal kewangan kerana dia tidak suka jika pasangannya menunjukkan kemampuan mandiri atau berdikari.
7 – Terlalu emosi
Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas. Kebiasaannya anda akan berhati-hati dalam berkata-kata kerana takut tersalah cakap yang akan mengundang amarah besar dirinya. Anda juga rasa keliru dengan sikapnya yang langsung tidak konsisten. Berhati-hatilah dengan lelaki yang bersikap begini kerana tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi mangsa amarahnya.

Perhatikan bagaimana dia berbicara dengan orang tua anda atau rakan anda. Apakah dia berkasar atau bersikap tidak baik? Lihat juga pola tingkah lakunya. Lelaki yang kasar dalam hubungan sering kejam dalam situasi lain juga seperti melecehkan ahli keluarga yang lain, menyakiti haiwan kesayangan dan seorang ‘road bully’. Atau dia orang yang sama sekali berbeza ketika bersama orang lain di sekeliling anda sehingga dia dilihat seolah-olah mempunyai dua identiti yang berbeza.

8 – Sering merendah-rendahkan

Seharusnya sebagai pasangan, seorang lelaki akan bangga atau memberi sokongan ketika anda menceritakan kejayaan yang anda perolehi. Akan tetapi, berlainan pula dengan lelaki si kaki pendera ini. Dia akan memperlecehkan atau merendah-rendahkan keupayaan anda.

Sebagai contoh, hanya kerana pakaian yang anda pakai tidak kena dengan seleranya, dia mengutuk anda tanpa mengambil kira hati anda, sama ada anda sebagai temanita atau isteri.

Segala kehendaknya juga harus dituruti tanpa kompromi kerana jika tidak, dia akan mengugut dan mengancam. Sikap sebagini sebenarnya memberi kesan kepada pasangan kerana lambat laun, pasangan akan berasa tidak yakin pada diri sendiri. Sekiranya anda tidak mampu bertahan, maka kuatkan semangat, cekalkan hati dan yakinkan diri anda untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan lelaki sebegini.

9 – Tidak boleh dibantah atau dibangkang

Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan. Jika dibangkang, tidak mustahil anda menjadi mangsanya. Barang rumah dipecahkan, malah dinding dan meja atau kepala anda juga dihentaknya. Ketika ini pasangan akan takut tapi sebaiknya si lelaki pendera akan cepat-cepat meminta maaf dan berjanji tidak mengulanginya. Biasanya dengan pujukannya yang mendayu-dayu, hati pasangan akan cair. Inilah kebiasaan yang berlaku.

10 – Tidak sukar memohon maaf

Lelaki pendera ini memang pandai merayu dan memohon maaf setiap kali membuat kesalahan. Tetapi cara dia memohon maaf atau memberi penjelasan atas sikap salahnya seolah-olah ingin mengatakan bahawa anda turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Jadi, mahu tidak mahu, anda akan turut merasa bersalah akibat terkeliru dengan alasan penjelasannya.

11 – Sentiasa menyalahkan

Walaupun dirinya yang melakukan kekerasan atau keganasan, namun lelaki ini cuba meyakinkan dengan meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Lebih serius dahsyat lagi jika dia meletakkan kesilapan itu pada diri anda sendiri iaitu yang menjadi mangsanya. Dia tidak segan silu memberikan apa saja alasan bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu tanpa didorong atau dipengaruhi oleh orang lain ataupun anda sendiri.
12 – Suka memberi hadiah
Semalam dia memarahi anda dengan seteruk-teruknya tetapi hari ini dia meminta maaf dan menghadiahkan anda dengan barang-barang yang anda sukai. Dia mengandaikan yang dia boleh membeli jiwa hati anda dengan barang-barang hingga anda berasa serba salah dan tidak mahu memarahinya lagi atau terus saja memaafkannya. Lelaki pendera biasanya akan cuba menutup kesilapan mereka dengan mengaburi mata pasangan dengan cara begini.

13 – Hubungan kekeluargaan tidak rapat

Hubungannya dengan ahli keluarganya yang lain tidak rapat atau kurang mesra. Mereka mungkin telah mengecewakannya juga.

Lelaki pendera akan sentiasa memberi helah atau alasan untuk tidak menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan keluarga. Dia mungkin cuba untuk menghalang anda menghabiskan masa dengan mereka juga. Semakin dia boleh mengasingkan anda daripada orang lain, semakin kuat ‘penguasaannya’ terhadap anda.

14 – Mempunyai sejarah yang disembunyikan

Lelaki pendera biasanya enggan berkongsi sejarah perhubungan dengan bekas teman wanitanya. Dia mungkin mengelak dengan menceritakan yang buruk-buruk tentang mereka. Jika dia tidak segan silu memburuk-burukkan orang lain, bolehkan anda yakin yang anda tidak akan menjadi mangsa selanjutnya?

Dia juga mungkin pernah mengasari seseorang atau pun mendera diri sendiri. Pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.

Tidak mustahil juga lelaki pendera pernah menghadapi masalah penyalahgunaan dadah atau alkohol.

15 – Seperti ada udang di sebalik mee

Lelaki pendera mempunyai sikap ‘seperti ada udang di sebalik mee’ kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada ‘pelaburan’nya. Dia mungkin nampak gembira untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda sebagai keutamaannya, tetapi tidak lama kemudiannya dia mulai berkata, “Lihatlah semua yang saya lakukan untuk anda anda harus melakukan X, Y dan Z untuk saya...”



So anak2 dara diluar saner...berhati2 memilih pasangan yer  kata org tua2 " Jgn terpilih batu diantara pemata".....


Ingin pesan makcik yerrrr.......

13 comments:

  1. this is so true. it happen to me.. baru dua minggu kenal dah nak jumpa parent. sy pun tekejut tp sy bersifat positif sbb dia siap yakinkan sy dia nak kawin cpt sbb xnak tejebak dgn zina lah maksiat lah oh mungkin dia baik. lepas tu terus ajak kawin, sy lagi tekejut tp dlm hati okla sbb sy pun bukan muda lagi umur dah 30. dua bulan lepas kenal, engaged maka bermulalah episod pukul memukul. sungguh tak sangka apabila sekali tu sy punya budget bulan tu sedikit lari sbb yerla dah la nak tunang, nak bayar lawyer utk urusan rumah tiba kereta buat hal.dia desak sy tukar kereta baru. sy pun bodoh ikut je dia ckp. sy tukar kereta almost 7K nak cari duit. bulan tu kena ikat perut. bila ikat perut dia hina sy miskin (padahal selama ni kalau keluar selalu paw duit makan kt sy). ada sekali tu dia gaduh dgn adik lelaki sy sbb adik sy ckp tak elok salu keluar balik mlm. sy ckp kat dia nak balik awal, dia ckp takut kat adik lepas tu sy senyap terus kena lempang. itu bukan yg pertama dan terakhir. ketika sy kat klcc, prof sy mesej mintak laporan terkini pengajian sy. prof pulak muda so dia jeles. apa lagi dia lempang dan terjang sy dlm kereta. sy sempat larikan diri. dia kejar dlm shopping mall. sy maaf kan lagi. sampai lah ada satu insiden yg teruk kerana sikap cemburu dia yg amat dia pukul sy dari hujung kaki smpai kepala. sy terus buat repot polis. masa tu tinggal 6 minggu lagi nak kawin. walau apa pun org ckp sy yg alami. adik sy yg rapat sgt lega dia tak kawin dgn sy sbb sepanjang sy berkawan habis lebam lebam badan dan duit. adik sy nasihat akak sorg pun dah ok, bole byr kereta sendiri, mkn sendiri dan beteduh sendiri. kalau ada lelaki pun kaki pukul buat apa. mak ayah sy lepas tau dia kaki pukul terus sokong tak kawin .tapi ingatkan berakhir sampai disitu rupanya tidak. beliau psiko dan terus menghantui sy. mintak duit lah, sentiasa call dan mesej kata dia rugi dan malu kawan dgn sy. apa dia ingt sy ni aset pelaburan ke? paling tak best dia call mak sy and ugut mak sy. siap ugut nak mengamuk kat ofis sy and kt rumah sy. lapor polis pun dia x takut. last last kami ambik pendekatan jgn layan. biarlah dia nak meroyan coz dia ni mmg mcm tu. and dia tak brani buat pun sbb dia tahu sy tau undang2. alhamdulillah sy ada sedikit ilmu pengetahuan.

    lepas tu baru sy tau dia mmg kaki pukul dan kaki kikis. sy jumpa bekas isteri (ya ini juga yg dia x pernah cerita, mak ayah dia juga xcerita dkt sy). i found out the truth. rasa sedih dgn tragedi yg dialami oleh isteri dia and alhamdulillah dia pukul sy sebelum kawin, Allah masih syg sy.

    Just beware, this kind of guy they tend to look successful and portray themselves in a good image. tapi mmg ada udang di sebalik mee. and form what i've read, lelaki mcm ni akan cari perempuan2 yg nampak stabil dlm kewangan tp emotionally shattered and lonely (mcm i duduk jauh boyfriend xde huhu).

    Well, i realized this thing has made me stronger and alhamdulillah i have all the love in the world and i'm deeply loved by family yg selama ni i selalu asingkan diri. just adik2 sana hati2 ye :) .

    *sory emosi pagi ni sambil siapkan penulisan, panjang pulak post.

    ReplyDelete
  2. Sama betul ciri2 bf i ada semua benda dia nak ungkit tak ikhlas lansung sy undurkan diri lg baik.doakan sy semoga jumpa jodoh yg baik ye

    ReplyDelete
  3. Baru terjadi pada saya siang td, saya diterajang sekali..mulanya dia nak lempang, tapi x jadi, dia tolak saya, pastu kena terajang kat belakang peha..mmg saya bersumpah! Demi Allah, kau buat aku mcm ni, terajang aku td, hidup kau x akan tenang, x akan aman sampai akhir hayat kau..dan sumpah tu aku x akan tarik balik,biar melulut sekali pun kau depan aku!!
    Segala apa yg kau makan hasil pencarian aku selama ini, aku x halalkan...
    Dia buat saya sesuka hati dia..mcm saya ni x de perasaan..buat sy mcm batu..x de salah, disebabkan saya bebel sikit jer kat dia, sbb dia buat salah, terus naik angin terajang saya..Allah!! Dugaan & ujian aku dpt laki teruk mcm ni..mmg aku tak akan maafkan kau lelaki dayus!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. X pernah sepanjang hayat saya pasangan saya terajang saya..ni 1st time..mmg sakit!!
      Dendam aku bawa sampai ke mati!!

      Delete
    2. Pernah terjadi dekat saya jugak ..ni baru tunang kalau suami tak tau la mungkin lagi terok saya kena..saya baru tegur sikit dah maki hamun saya sampai nak naik tangan dekat saya..sampai saya menangis apa salah saya tegur perbuatan dia yang salah atas sebab ada hubungan dengan betina lain..sampai macam tu sekali dia menyebelah betina tu..saya amat kesal terhadap tunang saya kalau boleh saya tak nak pun teruskan pertunangan ni..hanya allah yang tau hati saya kecewa kerana perbuatannya..rasa cinta sayang saya terhadap dia kini berkurang saya rasa saya dah tak da hati dekat dia setelah apa yang dia buat..girls yang luar sana jangan sampai salah pilih pasangan..jangan jadi mangsa lelaki pendera kita ni wanita bukan untuk disiksa..sekarang ni saya dah buat keputusan yang terbaik untuk diri saya nak putuskan pertunangan ni je lah pilihan n jalan terbaik untuk saya

      Delete
  4. Agreed. Korang yg ada jumpa lelaki ciri2 mcm ni please tinggalkan je. Dia tak akan boleh diubah sebab naluri diri dia dah kekal kuat mcm tu.

    Ciri2 ni semua ada dkt dia kecuali num 8. Pertahankan hubungan sampai 3 tahun. Awal perkenalan dia betul2 baik. Cukup setahun confuse terus dia manusia ke hantu. Tahun lepas baru berjaya lari daripada dia. Sebelum ni minta putus tak boleh2. Dia still kejar dan bagi macam2 ugutan. Dia baran sgt sampai saya takut dengan dia. Dia bukan kira dkt mana pon dia confirm akan pukul. Tak bahagia langsung bila dgn dia. Hati tak tenang tapi bila dah putus lega sangat2. Syukur. Lepas dah putus baru jumpa page ni. Kalau tau la mesti tak kan tahan lama. Konon kita nak cuba ubah dia jadi tak baran tapi akhirnya kita merana.. my dad pon tak pernah naik tangan dan kaki dkt anak dia.. bila umur kita dah meningkat baru fhm semua ni. Bila family nak kita kahwin perasaan takut dsn tak yakin tu menyelubungi diri. Niat tak nak kahwin sebab dah happy bersama ayah dan family tercinta. Andai kata arwah mak masih ada mesti dia ada bagi nasihat utk jauh kan diri daripada lelaki mcm tu. Alfatihah. Miss u mom.

    ReplyDelete
  5. Kahwin pakse emak.menyebabkn sy terima suami sy.pd awal terlalu lembut n romantis perkataan .bila sudah ada anak wataknya berbeza

    ReplyDelete
  6. Sama mcm sy skg ni sy jndq ank3 sy ada bf dulu sweet je kenal , skg semua badan sy lebam² menyesal seumur hidup ini la pertama kali kena mcm ni... Tolong ada sapa² bg pendapat sbb skg sy msh lg dengan dia walaupun da kena pukul ..

    ReplyDelete
  7. Totally 99% ciri di atas betul. Saya dah penah alami.. Allahuakbar terseksa jiwa n mental.Saya tak tahan sampai saya mohon cerai..

    ReplyDelete
  8. Saya sanggup putuskan tunang demi percaya dengan kata-katanya "saya akan jaga kamu sampai kamu tua" sampai dia kata ada penyakit mutah darah.. sebab terlalu kasihan. Saya mendapat lelaki pendera..umur dia terlalu muda..dia cepatmcepat menangi,.. sepak terajang tumbuk sampai lebam..sampai pukul kepala saya -kali.Punca dia tidak suka saya berleter..saya tegur untuk mengajar tetapi dia tidak mahu dengar nasihat sampai sanggupd tangan. Dia kata takut kehilangan saya..banyak kali minta maaf tidak mengulangi..tetapi. Sikap dia yang bersalah & diac minta maaf. Sekarang saya harus kuat untuk tinggalkan dia dalam hidup saya,bila saya terpikir saya kasihan masih mahu teruskan hubungan ini dengan dia...muka dia nampak bersalah.

    ReplyDelete
  9. Saya pun ada jumpa lelaki mcm ni, baru berkawan 3 minggu terus cakap nak kawen, bila ajak jumpa parents tak nak, nak terus datang merisik. Lepas 4 bulan, perangai berubah, bila kita nk call, ckp ada mcm2 hal. Tapi bila dia boring, lpas tu nk ckp bnda bukan2, anytime call. 2,3,4,5 pagi. Rupanya dia tengah "high". Then klu xlyn, dia ckp x memahami dan trus ckp xsama level (saya PhD, dia diploma). Lpas tu klu berbincang, selalu panggil saya ular. Sebab cakap putar belit. Then trus guna aku, kau. Then, bila d da tenang. Dia dtg, dia salahkan kita. Suruh muhasabah diri. Lama2 dah xtahan, Masa nk putus tu, habis dia maki semua bab1, setan, iblis, perempuan laknat Allah. Nasib baik jauh, so x selalu jumpa. Agaknya klu dekat. Maybe dah naik kaki dan tangan. Haa, d pun ada maki ayah sekali, dia slhkn ayah sbb xbg kawen. D ckp anak dan ayah sama kaki belit.semoga kita di lindungi dari orang2 cmni

    ReplyDelete
  10. Sy ada knl seseorang ni..
    Ayat terlalu manis..bnyk tnda2 hampir sama dgn dia.. jika mrh dgn sesiapa sahaja mesti ada carutan.

    ReplyDelete