Sila2 mengklik yer....TQ

Sunday, February 27, 2011

Mmg sodap.....cuber laaa....

As Salam......Sabtu dtg lagi....

Nak bercerita pasal kami sekeluarga, smlm aku n family pie memenuhi nafsu makan diKFC
Subang 2.

Nak mencuba menu baru disinun.....krusher n tat telur.

Mengoder 4 jenis krusher :- Oreo, Mocha, Blueberry N Strawberry+Pisang. Bebaloi la krusher tu...paberet aku mmg strawberry campur pisang tu...mmg sedap giler.

Tat telur pun marvelous beb - kira2 x rugi la dicuba. Menu2 lain as usual la, try test rasa gak donut ikan yg comel2 tu..wokeh jer.

Ni dah kira iklan kan...untung KFC aku tolong iklankan free kan...aper2 pun benda sedap mmg elok diwar2kan...x baik simpan2 kan...


Having Blueberry Krusher

Strawberry + Pisang yg dah abis

Blueberry mmg sodap

4 jenis yg mengoda

Layan yer....

habis sudah.....

Saturday, February 26, 2011

Asas Perlembagaan Tanah Melayu

As Salam......
 
Ari ni nak cerita berat sket yer.....LAYANKAN JEr yer....
 
 
Beberapa Perkara Asas Perlembagaan Berkaitan Kedudukan Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan (Malaysia), sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Kedudukan Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :

- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)

- ekonomi : Perkara 153 (6)

- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

Dan ketahuilah rakyat jelata bahawa hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). 
 
TQ :- http://naimqlate.blogspot.com

Tuesday, February 22, 2011

Mengumpat - baik ker?????

Dipetik dari Utusan Malaysia 

19 januari 2011

Hentikan mengumpat

SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.

Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud:

Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.
(riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah:

"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

Friday, February 18, 2011

Ragam kehidupan....

As Salam....n selamat sejahtera,

Nak bayar utang x menghapdep blog ni....tah tumbuh sawang dah kat ceruk2 tu haaa....Layankan jer la yer..

Smlm aku menonton 2 kisah teladan di Astro...satu di Astro ria dan satu lagi di Oasis. Tapi drama di Oasis (Bisikan Dajal) tu memang menyentuh perasan keibuan aku...meleleh2 gak la air mata n air idung....sedih siot tengok penderitaan Biah (lakonan Ogy Ahmad Daud) paling x tahan masa anak2 dia kena racun oleh Haji Malik. Mmg sedih giler. Jadi mangsa fitnah lagi. Mmg kejadian2 tu ada dlm alam realiti ni cumer kita blum berjumpa sendiri. Dan rasanya ending story dia pun sesuai sgt, dimana Haji Malik menerima pembalasan dari Allah kerana doa org yg teraniaya tiada hijab. Baru lah x tergantung storynyer kan. Tapi rasanya drama ni dah main banyak kali cumernya aku baru dpt tengok smlm..tah aper mimpi nak layan drama plak smlm.


Kisah ke2 dari Astro Ria, aku x berapa nak ingat tajuk drama nyer. Mmg cerita tu cam x masuk akal tapi bila aku layan drama sambil2 aku kenang yg aku pernah terbaca that ada sorg budak (dimana x sure) boleh melihat mahkluk halus than aku kira drama tu masih consider masuk akal jugak la. Cerita ni mengisahkan seorg perempuan yg dibuka hijab penglihatan utk melihat roh selepas pulih dari koma. Kalau lah kita ditmpt perempuan tu camner la jadinyer yer.... well drama dia kira ok2 tapi mmg bab makeup mmg fail......aku jadi annoyed tiap tengok cara makeup setiap artis dlm drama ni. Kalau ok pun masa dah jadi roh la. Mmg tukang mekap tu aku rasa mood nak touchup muka artis jadi mayat semenyer. Adakala bertompok2 saner sini...adusss aiiiii....sedih aku tengok, jln cerita dah cantik tapi dicacatkan dengan makeup artis plak.(drama2)

Well aku ni bkn nyer pengkritik, tapi kata org2 tua aper salahnya kalau sesekali menegur utk kebaikan kan...

Aper maksud Salam


Dapat Email dari sorg sahabat....panjangkan diblog ni yerrr....

Sesaper dah pernah terbaca dimana2 anggaplah ini hanya peringatan. Terima kasih pada insan yg menerangkan pekara ini.


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Oleh itu adalah baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

 Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI
KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI
KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye”     ......contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” 

  

Sunday, February 13, 2011

BerBBQ dihari cuti....

Salam mengunjung n berkunjung...

Hari ni mood berbbq aka memanggang aku dtg.......teringin la plak nak mkn bbq kambing....mmg leleh

Bara disediakan oleh En. Hubby...gambo beliau x boleh masuk sbb dia pemalu (katanyer...walaupun........)
1st group dipanggang.......
Hero tukang menjaga api..... abih lencun daging2 bbq dispray nyer.......
                                                           
Sudah siap utk dingap......
Hidangan lunch kami hari ni ditambah with sambal tempoyak udang, sup ayam n sayur campur.....Alhamdulilllah....kenyang sudah.

Saturday, February 12, 2011

Valentine R Maulidul Rasul......

Salam singgah.....masih rajin membaca yer...baguihhhhh.....
Membaca mengurangkan kearah nyanyuk sebab kita selalu mengerakkan otak utk berfikir...
Ishhhh...ishhh....issshhhhh makcik udah melalut plak kan...

Ari ni makcik nak  mengesahkan dua perkara diatas...

Tentu dikalanganan blogger ramai yg muda beliakan.....mana yg akan anda sambut Valentine r Malidul Rasul? Sementalah hari sambutannya tahun ni selang sehari kan....n kedua2 hari tersebut adalah sambutan hari kelahiran...x percaya......googlekan jer...seme akan keluarkan..

Tapi kita sebagai seorg Muslim adalah tidak digalakkan n diharamkan sebenarnya utk menyambut hari Valentine tu..tau kenaper???? Kerana Valentine adalah nama seorg paderi Kristian yg dibunuh kerana sifat kasih syg nya.(disbbkan itu org sebut ari kasih syg.....kasih syg la sgttt...) Dua ker tiga tahun kebelakangan ni mungkin kerajaan sudah buka mata kerana gejala sambutan Valentine ni banyak buruk dari baiknya n depa cuba membenteras....(akak sokong dik...)Macam2 benda x elok yg jadi dimlm valentine ni. Dlm paper smlm ada terbaca yg Jabatan Agama akan bersengkang mata utk membenteras gejala mlm Valentine.(Keep up the good work...I'll support you all the way)

Tapi sebagai muslim kita digalakkan menyambut kedatangan Maulidul Rasul..kenaper??? kerana Beliau adalah Nabi junjugan kita kan.... ingat tu...Kita bersyukur kerana kedatanganya...kita berada dilandasan yg benar..Insyallah. (Semoga anak2 ku memiliki sifat beliau walaupun x semua) Mana mungkin dpt kita menandingi maupun menghampiri sifat2 Nabi Muhammad SAW kan...kalau sedikit pun sifat beliau ada didlm hati kita, kita akan menjadi manusia yg tahu menikmati NUR Allah. Nabi Muhammad SAW tidak pernah ada perasaan riak, dengki n berdendam kan.....kalau la boleh kita memiliki hati begitu kan.....Namun kita boleh mencuba...

Manusia (Segelintir r seme ekkk????) didunia skrg makin jauh dari memiliki nilai2 kemanusiaan...kenaper????? Kerana depa lebih yakin menyambut Valentine dari menyambut Maulidul Rasul.... Mereka lebih galak menyambut Hollowen dari bermunajat pada Yg Esa dimlm hari dan mereka juga lebih suka beclubbing sakan dari menghadiri majlis2 ilmu diMasjid2 dan Surau...kesian kan......

Doa ku moga aku, anak2 ku, sahabat2 ku dan rakan2 blogger (yg masih dilaluan asal) akan dipelihara hati dan jiwa dari terpesong dan tidak mudah mengikut haluan gubahan musuh2 islam. Insyallah.....AMIN


Thursday, February 10, 2011

Lemak di perut......(aduzzzz......)

Kepada yang ingin mengikis timbunan lemak yang sekitar perut, enam rahsia berikut ini mungkin dapat membantu. Tip ini adalah langkah bijak tanpa harus melakukan pembedahan sedut lemak.

Tip ini adalah dari buku The Flat Belly Diet yang ditulis Liz Vaccariello dan Cynthia Sass. Mereka adalah editor majalah kesihatan Prevention.

1. Makanlah dengan cara mengambil 4 hidangan masing-masing bernilai 400 kalori setiap hari.

2. Jangan pernah membiarkan perut anda kosong lebih dari empat jam.

 
3. Masukan jenis makanan yang mengandung lemak tak tepu tunggal mono-unsaturated (MUFA) dalam menu Anda. Contoh makanan yang mengandung MUFA adalah kacang-kacangan (termasuk kacang tanah, kacang mete, kacang almond, kacang Brazil, kemiri dan pistachios) apricot, zaitun, dan sayur-sayuran berlemak lainnya, minyak kacang dan minyak zaitun.

4. Ketika dalam keadaan stres, tubuh Anda akan mengeluarkan hormon kortisol, yang akan membentuk penimbunan lemak di perut. Oleh sebab itu, belajarlah mengendalikan stres supaya program perampingan perut Anda berjaya.

5. Jalinlah dan pertahankan eksitensi Anda dalam kumpulan sokongan (support group) yang kuat. Carilah teman sebanyak-banyaknya untuk berberbincang dan berkongsi informasi. Anda pun dapat mencari kumpulan sokongan secara online.

6. Biasakan untuk mencatat dan mengingat apa saja yang telah Anda makan dan berapa banyak jumlahnya.



Selamat mencuba.....(menjadi ker agaknyer ekkk????



Monday, February 7, 2011

Rentetan Perjalanan kehidupan......

Assalamualikum....salam sejahtera n vanakam....(1 malaysia maaa...)

Lama rasanya aku x hapdet blog aku ni kan....mau dekat seminggu lebih rasanya...

Mmg mcm2 berlaku dlm perjlnan hidup aku selama 1week + ni...everything slowly changed. Alhamdulllillah banyak kepada kebaikan (harap2nya) Perjlnan karier aku sehingga kini nampaknye smooth n personal live plak seme ok2 jer.

Tapi kata org mana ader yg sempurnakan...dlm seme tengah chantik jer ni tetiba dahan pokok dihati aku digoyang...nama pun manusiakan..mana boleh tengok org senang...sesuka hati cuba nak menjatuhkan...agaknya org2 yg mcm ni x belajar dari pengalaman agaknya...hinggatlah..."baik niat anda, baik la jadinya tapi kalau sudah ditanam yg buruk mmg buruklah yg akan deperolehi kelak"

aku malas dah nak berdendam2 ngan org 2 yg camni....lambat-laun akan terungkai segalanyakan... lagi satu jgn suka mencari kesalahan org sahaja, kesalahan sendiri disimpan dlm peti...mmg x sesuai.  Aku nak move on, banyak benda yg aku nak kena kejar kat sini...sampai kadang2 aku rasa nak bernafas pun sedikit susah tapi mujurlah ada rakan2 yg berganding bahu, sama2 memikul permasalahan yg mendatang..Alhamdulliallah.

Bonda mertua yg uzur dikpg plak skrg ni agak lega jiwanya....yer la kan org tua maner yg suka duduk pindah-randah n nak menyusahkan anak2. Diorg lagi suka menenangkan diri dirumah yg menempatkan segala suka dan duka n segala sejarah silam tersimpan. Disaner lebih tenang baginya. Aku pun tumpang gembira utknya walaupun keuzurannya tidak menampakkan sebarang tanda akan pulih. Redha jer la..

Takat ni jer la dulu...aku nak sambung perjalanan kerja aku plak....mmg x terkejar masa skrg ni... ;)

Wednesday, February 2, 2011

Memulakan Hari baru di Armanee

Assalamualikum....selamat sejahtera.....

Hari ni hari kedua aku diArmanee...selepas 1 thn aku tinggalkan kawasan ni n today aku masuk semula utk
facing the same problem and today aku mmg berharap agar kami diberikan kekuatan n semangat utk memulihkan semula keadaan di Armanee n hope sgt that kami dpt juga menaikkan value of this properties.

Aku rasa sgt2 diwelcomekan disini, walaupun dulu ada sejarah yg menyakitkan jiwa n raga aku sementalah depa-depa yg menjengkelkan tu udah hilang dari pandangan, org tua2 pernah berkata (ohrang puteh llerr..) "world is round"n "what u give u get back" so.... ermmm... tapi aku ni bkn pendendam pun (ayat poyo jer....dlm hati berbunga2 nak membalas)

Kadang2 aku geram with all the situation yg aku experience.....sebenarnya Malaysia not ready with all the
comunity act....most of them (yg aku tengok n lihat yer...) masih giler kuasa, naif about the act walaupun sekolah bepuluh2 tingkat n  paling x tahan kalau among them main politik dalaman ngan tunjuk konon2 extra pandai plak...dan yg jadi mangsa is the staff that work there. Kita dah biasa with all dan tetiba kena plak tukar tmpt disbb ada yg nak tunjuk kuasa...mmg sakit jiwa.

Yes....mmg right depa nak tukar pada which company pun....tapi aper2 action taken pun depa should consider org lain...bkn depa yg memiliki the whole building kan...so pikir2kan....

Aku sure yg x beraper nak paham aper yg aku cerita ni sure tengah garu2 kepala r cuba2 nak buat2 paham..tapi yg samer job scope n line aku sure paham aper yg aku maksudkan. Dan mmg truly from deep of my heart Malaysian not ready with the comunity n gated act... mmg jauh nak readynya selagi attitute x tukar selagi tu la x mungkin akan ready...

Armanee