Sila2 mengklik yer....TQ

Friday, January 9, 2015

KERDIPAN MATA - FIRASATNYA

As salam everybodyyy.... n Selamat Tahun Baru (lmbt ekkk??? sorrylah x sempat nak wish awal)

Semenjak dari end year sampai skrg ni alis mata kanan aku ni asyik berkedip2 sendiri. Mcm2 kat kepala otak aku ni. Datang lak rajin aku hari ni nak google mencari kenapa alis mata aku ni berkedip jer kejenyer. So hasilnyer seperti dibawah :-

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Kesimpulannya apa yg aku alami kalau mengikut petanda diatas, melegakan. So aku boleh relax x payah nak risau lebih2kan. 

Ada penambahan plak dari masalah aku yg kat atas tu seperti kat bawah :-

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya:-

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.

Tuesday, March 18, 2014

Yuran Penyelengaraan Bagi Bangunan.

Halooo...Haiii...

Hari ni saya nak cerita benda berat yg mungkin akan buat anda bosan, tapi jgn bosan dulu sebab ini adalah pengetahuan untuk anda semua. Saya pasti anda mmg suka utk menandatangani sesuatu tanpa meneliti apa yg anda tandatangani. Betul x??? Senyum jer la kan.

Ok skrg saya cerita apa itu Deed Of Mutual Covenant. Didlm perjanjian tersebut terkandung semua what can and cannot be done pada hartanah bertingkat and apa responsible pengurusan atas tunggakkan yuran penyelengaraan.

Jadi bila anda memiliki tunggakan yuran penyelengaaran, anda tidak boleh melenting atau meroyan bila tindakan diambil keatas anda. Biasanya tindakan yg diambil adalah mengunci bekalan air sekiranya air dibekalkan oleh pihak pengurusan atau memblock accesscard.

Ada juga pemilik yang memiliki tunggakan yuran penyelengaaran yang banyak hingga mencecah belasan ribu tapi disebabkan status sebagai pemilik dengan beraninya mereka2 yang tidak bertanggungjawap tersebut menubuhkan pula persatuan penduduk yang tidak perlu terikat dengan term "without any maintenance charges outstanding"  supaya mereka boleh "kononnya" mengeluarkan arahan dan aduan kepada pihak pengurusan. Sekiranya pemilik bersatu dan tahu apa keperluannya pembayaran yuran penyelengaraan dilakukan on time, sudah pasti pemilik akan memboikot penghutang tegar tersebut. Tahu kenapa? Kerana wang penyelengaraan yg dibayar oleh pemilik yg dipanggil "master payable" akan digunakan untuk menampung operasi harian penyelenggaraan bangunan dan peralatan dan sipengutang pula mengunakan segala facilities dengan percuma, ditambah sipengutang pula yg paling banyak membuat aduan untuk ketidakpuasan hati mereka. Bestkan camtu. Jgn plak lepas ni ramai pemilik nak jadi pengutang tegar, bahananya bangunan anda tidak berjaga dan valuenya akan jatuh mendadak. Pikir2kan yer.

Ada juga pemilik yang rasa disebabkan mereka telah membayar yuran penyelengaaran telah dibayar, jadi semua kerosakan termasuk didalam premises adalah tangungjawap pihak pengurusan. Silap... pihak pengurusan hanya menyelengaran harta milik bersama bukan harta individu. Rasa2 dah boleh paham apa itu yuran penyelengaraan...ermmm masih kurang paham? Nanti akan saya cuba saya terangkan lagi dilain masa.

Perlu bergegas... bekalan air telah disalurkan tapi pump dan water tank plak bermasalah.. :(

jumpa lagi yer. Chill and have a pleasant day.







Monday, March 17, 2014

10 tahun dengan cabaran

Wahhh ! lama betul x mencoret sebarang berita diblog ni. Kesesakkan masa membuat aku terbantut dalam acara mengumpat dan bergosip ni.

Well, aku nak cerita kesah berkisar dengan tugasan aku. Pasti ada pembaca yg membaca blog aku ni seorg penghuni rumah bertingkat seperti Apartment, Condo maupun rumah pangsa. Tau x betapa beratnya kerja menjaga sesebuah building. Dengan attitute kebanyakkan warga Malaysia yg berbagai dan berlagak dan dengan keadaan bangunan tu sendiri. Dalam diam hampir 10 tahun aku bergelumang dalam bidang ni. Masyallah, 1001 jenis manusia aku jumpa. Melayu, India, China waima bangsa2 lain pun ada perangai masing2. Degil, berlagak, x sopan, kurang ajar sebut jer, semua aku dah hadap.

Harap maklum, bila anda menduduki sesebuah bangunan, anda bukan pemilik bangunan tersebut. Anda berkongsi dengan pemilik2 yang lain. Jadi tolonglah ikut peraturan, silalah bayar wang penyelengaraan dengan baik dan tolonglah respect org2 di bahagian pengurusan. Kami hanya membantu anda menguruskan persekitaan kediaman anda. Harap faham.

Same goes with the parking space.... tolonglah paham, bila anda membeli sesebuah rumah bertingkat yang disertakan dengan tmpt parking, anda hanya boleh mengunakan parking yg telah dinyatakan didalam S&P anda. Seandainya anda memiliki berpuluh biji kenderaan sekali pun tetapi tmpt parking atau lebih tepat accessories parcel anda hanya 1, maksudnya anda hanya berpeluang meletakkan sebuah kenderaan sahaja didlm kawasan bangunan dan jgn pula cuba2 menjadikan visitor parking sebagai hak anda. Ada juga bangunan yg tidak memberikan hak parking kepada pemilik, jawapnya pihak pengurusan akan mengagihkan parking lot milik bangunan kepada setiap unit, tapi ingat parking tersebut boleh ditukar bila2 masa kerana ia tidak termaktub didalam perjanjian jualbeli. Tolonglah pikir org lain sama.

Panjang lebar dah rasa aku membebelkan.. aku rasa cukuplah sampai sini dulu. Mungkin nanti aku akan rungkaikan akta2 bangunan dicoretan akan datang. So sila tunggu.

Chilll... semoga jumpa lagi. :)










Wednesday, February 13, 2013

As Salam dan selamat sejahtera pada semua,

Lama benar rasanya aku tidak mengemaskini blog ni (ayat sekolah tu)  ... mmg x la aku nak guna ayat2 masa sekolah. Jiwang sgt rasanya.

Well, aku start with my experience with a new company I have been joining nearly 3 months now. Persekitaran tmpt kerja mmg selesa with a nice boss around me. But as usual there will be some element that will spoil everything. I have to swallow the unfit element, try to be positive thinker. Doakan yg terbaik utk aku.

Aku mmg mati ayat nak menghupdate blog aku ni, walaupun aku cuba nak curahkan segala makneka benda dan perkara yg tengah bermain dikepala aku ni. Mmg rasanya mencurah2 nak mencoteng tapi x tahu mana satu yg aku nak mulakan.

Persekitaraan kerja dah aku coretkan, ok aku nak cerita bab kete2 yg menjalar2 dijlnraya pada hari biasa. Boleh x? lantak x boleh pun aku nak cerita jugak... Jgn marah yaaa. Hari ni mmg aman damai jalanraya, mungkin pertama budak sekolah masih bercuti dan yg kedua rakan2 bangsa cina masih lagi dikampung halaman menyambut kemeriahan meraikan CNY..dan aku mmg seronok memandu hari ni. Lancar tanpa harus menempuh sebarang kesesakan. Apa kata kita cadangkan sekolah dibuat jauh dari kawasan kesesakan, ok x? Kerana apa yg aku perhatikan, bila musim sekolah bermula kesesakkan akan menjadi berganda, mungkin kerana ramai ibubapa yg perihatin dan sanggup utk menghantar sendiri anak2 kesekolah dan tersumbanglah kesesakkan dijln. Ditambah pula dengan sikap pemandu2 yg selfish. Kononnya depa jer yg nak cepat, org lain seme nak makan angin jer kat atas jlnraya kan.

Alangkah baiknya jika ada pegawai2 perancang pembangunan yg boleh tolong pikirkan bagaimana nak mengurangkan kesesakkan jalanraya. Kalau depa peka aku rasa sure depa dah perasan kenapa bila musim sekolah jln akan menjadi sesak berganda dan bila tiba musim cuti sekolah, kenderaan dijlnraya dpt meneruskan perjalanan dengan lancar. Silalah pikir2kan yer.

Panjang lebar dah rasanya, walaupun banyak lagi yg ingin aku contengkan. Mungkin esok atau lusa akan aku cuba utk menconteng lagi.



Have a nice day people.  

Monday, October 15, 2012

Attitute yg dipanggil PEMANDU di Malaysia

As Salam Senin... ;)

Penat tul la kalau nak cerita pasal pemandu2 yg ada kat Malaysia ni. Perjalanan aku dari rumah ker tmpt kerja boleh la diconsider jauh gak dan dari seawal aku keluar rumah sampailah aku tiba ditmpt kerja
1001 gelagat pemandu yg aku jumpa. Termasuklah perangai aku sendiri yg kadang2 ilang akal disebbkan pemadu yg lain.. hehehehe...

X hairan bila suami kepada seorg sahabat aku (bkn org Malaysia) pernah mengelarkan pemandu Malaysia adalah pemandu yg suka membunuh. Mmg terbaik ayat dia. Aku yang mendengar pun boleh berdesing beb telinga. Tapi masa tu aku hanya co-pilot. Skrg setelah aku sendiri yg menjadi pemandu, baru aku nampak dengan jelas betapa benarnya kata2 beliau.

This morning itself, dilaluan keluar dari kawasan perumahan aku, mungkin kerana nak cepat (cepatlahhhhh sgttttt...) sebiji Wira disondol oleh Toyota LE (depan langar depan tuhhhh...). Sbb Wira tu nak tunjuk Wira memotong di laluan bertentangan kerana malas nak mengikut barisan. Yg dlm Toyota LE 1 family with small kids and children with school uniform. Kalau kata anything happen to those kids, sapa yg kita nak salahkan???? Yg pemandu Wira boleh plak buat muka x seposen ala2 x besalah, mmg jenis selfish.

Acapkali juga aku perhatikan pemandu2 yg perasan diri pemandu F1 dan x memikirkan keselamatan pemandu lain, melalui lorong kecemasan (lorong kecemasan ker) atau bahu jln. Janji dpt memotong lane. Kalau ada Pak Polisi tunggu kat middle of the lorong, mulalah depa2 tu cari ruang menyosokkan muncung kenderaan depa nak menyelit. Dah jadi habit dah kot.... sesekali aku pun nak merasa mcm depa so aku pun buat apa yg depa buat, tapi not worth it, rasa bersalah sepanjang hari. Memikirkan pemandu lain yg dah berjam2 dok kat lane x gerak2 berpunca dari attitude selfish tu.

Bagi penunggang motosikal pula, selagi ada ruang kosong semua depa nak selit. Ada masa aku facing with situation that jalanraya dipenuhi oleh motosikal hingga kereta x dpt nak mencelah. Perghhh... mmg tension. Sama juga kalau berhenti di lampu isyarat. Kita di educatekan supaya memberi laluan kepada penunggang motosikal, tapi tidak bererti mereka boleh menguasai jalanraya. Alangkah baiknya kalau kerajaan mewujudkan satu laluan khas buat penunggang motosikal disemua laluan dlm Malaysia bkn hanya di Highway utama sahaja. Sure statistic kematian penunggang motosikal akan berkurangan. BETUL TAK.. ;)

Bilalah pemandu diMalaysia ni akan di educate dengan kesedaran sivik dan tanggungjawab.

Penat weiii...ari ni aku cerita benda berat. Please la saper2 yg tengah dok berpolitik tu pikir2 n renung2kan juga hal ni.

Renung2kan n selamat termenung.... :)

Peace No War....

Tq Mr google...