Sila2 mengklik yer....TQ

Monday, March 17, 2014

10 tahun dengan cabaran

Wahhh ! lama betul x mencoret sebarang berita diblog ni. Kesesakkan masa membuat aku terbantut dalam acara mengumpat dan bergosip ni.

Well, aku nak cerita kesah berkisar dengan tugasan aku. Pasti ada pembaca yg membaca blog aku ni seorg penghuni rumah bertingkat seperti Apartment, Condo maupun rumah pangsa. Tau x betapa beratnya kerja menjaga sesebuah building. Dengan attitute kebanyakkan warga Malaysia yg berbagai dan berlagak dan dengan keadaan bangunan tu sendiri. Dalam diam hampir 10 tahun aku bergelumang dalam bidang ni. Masyallah, 1001 jenis manusia aku jumpa. Melayu, India, China waima bangsa2 lain pun ada perangai masing2. Degil, berlagak, x sopan, kurang ajar sebut jer, semua aku dah hadap.

Harap maklum, bila anda menduduki sesebuah bangunan, anda bukan pemilik bangunan tersebut. Anda berkongsi dengan pemilik2 yang lain. Jadi tolonglah ikut peraturan, silalah bayar wang penyelengaraan dengan baik dan tolonglah respect org2 di bahagian pengurusan. Kami hanya membantu anda menguruskan persekitaan kediaman anda. Harap faham.

Same goes with the parking space.... tolonglah paham, bila anda membeli sesebuah rumah bertingkat yang disertakan dengan tmpt parking, anda hanya boleh mengunakan parking yg telah dinyatakan didalam S&P anda. Seandainya anda memiliki berpuluh biji kenderaan sekali pun tetapi tmpt parking atau lebih tepat accessories parcel anda hanya 1, maksudnya anda hanya berpeluang meletakkan sebuah kenderaan sahaja didlm kawasan bangunan dan jgn pula cuba2 menjadikan visitor parking sebagai hak anda. Ada juga bangunan yg tidak memberikan hak parking kepada pemilik, jawapnya pihak pengurusan akan mengagihkan parking lot milik bangunan kepada setiap unit, tapi ingat parking tersebut boleh ditukar bila2 masa kerana ia tidak termaktub didalam perjanjian jualbeli. Tolonglah pikir org lain sama.

Panjang lebar dah rasa aku membebelkan.. aku rasa cukuplah sampai sini dulu. Mungkin nanti aku akan rungkaikan akta2 bangunan dicoretan akan datang. So sila tunggu.

Chilll... semoga jumpa lagi. :)










No comments:

Post a Comment