Sila2 mengklik yer....TQ

Saturday, March 12, 2011

9 jenis sihir...(jauhkan yer)

Selamat Mlm...Ahlanwahsahlan...Vanakam......(mood mengarut)

Susah betul aku nak menghapdate blog aku ni skrg...banyak tul benda nak kejar...tapi ada ker saper yg perasan aku x hapdep blog ni kan...cam x der jer kan...

X per la aku suka nak mengarut sesorg kat sini..kalau rajin layan kan jer kan...

Aper nak aku kesahkan ari ni haa....ermmm cerita bab sihir la.....ini pun jumpa dlm email...TQ la pada
yg memanjangkan email ni pada aku...

N aku panjangkan plak kat sini....


Sembilan Jenis SIHIR

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

 

Tuesday, March 8, 2011

Lama teperam....news tergemparrrr.........

Assalamualikum..n..selamat sejahtera....

Masyallah lamanyer aku terperam..nak kata aku betapa x jugak..nak kata aku lalok jauh sekali...
punyalah kebusyan melanda diri....puhffff....dah sebln rasanya aku x sempat nak buat aper2 ni..asyik la
mengadap keje2 yg x berkesudahan....inilah namanya keje kan...kalau xder keje org kata mkn gaji buta plak kan..

Selama aku terperam ni mcm2 yg aku perhatikan...paling kelakar kes cemburu n queen control...

Aper perasaan korg kalau ari2 dok dengar bunyi yg sama gara2 cemburukan rakan sepejabat...mmg giler kan...mcm la kita ni hadap sgt kat laki dia...Tolong la makcikkk oiiii.....

Ari 2 dok dengar ayat "Luv U", ckp lak punya la kuat nak kasi seme dlm opis dengar, ala2 nak kasi bini pecaya mati la tu...Podahhhh.....kadang2 rasa nak tukang gelak pun ada. Kalau kita nak tunjuk kasih sayang tu boleh tapi pada2 lah kan....ari2 dok call..x tahu pagi ker petang ker sampai kadang2 kita nampak cam mengganggu keje...

Satu hari pernah aku kata ngan dianu ni..."hahh!!! ari ni gaji so boleh la ko belanja" tapi ayat kelakar dia balas balik...kad ATM aku bini pegang, senang dia nak bayar loan. Mak Datukkkk....aku belaki dah nak 20thn gaji laki aku beraper pun aku x pernah nak tau....pikir2 untung gak bini dia kan...boleh conquer tu....Macam ni punya manusia pun ada kan...mmg dunia....

Giler la dunia skrg....kira2 laki aku tu beruntung la gak dpt aku ni ha...x banyak bunyi...x suka nak minta ini itu...aper yg ada aku guna xder aku diam...lagi satu yg paling beruntungnyer laki aku tu ..aku ni x tahu nak cemburu...jarang la aku buat giler... (puji diri sendiri...saper nak tolong puji kan...hayat menganjing namanyer)

Aku nak sambung tengok sandiwara lagi...insyallah kalau ada masa terluang akan aku isi dada blog ni with latest news...Chowwww cincau....