Sila2 mengklik yer....TQ

Tuesday, November 30, 2010

Musim Denggi....cubalahhh........

Dengan musim tengkujuh skrg ni makin banyak lah air2 yg bertakung n makin menganaslah si aedes...

cubalah tip2 di bawah semoga dpt membantu....


We cannot stop mosquitoes lay eggs at any stagnant water in drains/ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc.. etc.  Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem.
 Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes' eggs and not let them hatch into larvae.  Very very simple, just put in few  1 cent copper coins into the tanks/containers then it will solve all your problems. Because in accordance to Japanese Research Scientists, they found the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharge from the copper. DON'T BELIEVE, Try it by yourself and even the small snails also will not visit the containers (with copper coins) collected with stagnant water.  Your will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.
 
Mosquito Spray...

I was at a deck party awhile back, and the bugs were having a ball biting everyone.. A man at the party sprayed the lawn and deck floor with Listerine, and the little demons disappeared. The next year I filled a 4-ounce spray bottle and used it around my seat whenever I saw mosquitoes. And voila! That worked as well.. It worked at a picnic where we sprayed the area around the food table, the children's swing area, and the standing water nearby During the summer, I don't leave home without it......

Monday, November 29, 2010

Jom Jln.....

Dah lama benda ni wujud tapi aku x pernah nak mencuba menyibukkan diri untuk melihat keindahan lampu2 neon yg cantik bergemerlapan...

Bila aku dpt mengujudkan diri aku disaner... aku abadikan dilanser kamera ku....well nice r not, anda saksikan sendiri than anda boleh nilaikan...

Pada aku it just nice..... entrance fee pun hanya 10 hinggit for 1 car...so worth it laaaa....tapi aku x syorkan pada org2 yg sukakan kedamaian n ketenangan sbb...mmg xkan tenang punya.......

Tapi ada one thing yg aku rasa cam x kena kat saner....ader one site depa buat ala2 jurassic (jurassic la sgt) nak masuk kena bayar tapi aku x tau beraper...yg kelakarnya benda tu boleh nampak dari atas so it not exclusive, jadi nak buat per org bayar just utk snap a few picture there kan....cam x berbaloi lak....


Dan disana juga aku sempat singgah di D'Taman cafe...food ok lahh, price reasonable.



Tepuk dada tanya selera......

Sunday, November 28, 2010

Movie - Ngangkung....(Bebaloi)


Smlm movie night family so aku book ticket di GSC 1 Utama,

Aper yg aku boleh kata, movie ni mmg berbaloi, walaupun kadang2 ada sceen yg seolah2 sedikit boring...but overall it's make you forget a while what's bugging you.....

Don't expect out of box bila plan nak tengok cerita nie. Cuma bila nak pie melayan cerita ni cuba relax n follow the flow sure boleh kasi gegar panggung punya.....

Aku rasa, a few line in this movie will be remember always....as such "biskut bertemu merrie" , "air srabuk prukk", "Nek, minta lalu cucu nak cin" n others...Syabas pada pengarahnya n juga 3 pelakon utamanya especially angah....banyak scene dia yg buat org terbahak2....

Dari 10 bintang aku boleh kasi 8 bintang.....

Friday, November 26, 2010

Tips Jumaat - Dicuba2 yer......

BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS

Kita memiliki lubang hidung disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan menghembus nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (dingin ). Jika anda mengalami sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui lubang hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan bergilir2 . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan udara panas dan lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan udara sejuk.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , itu yg menjadikan mereka cepat bertenang . Lelaki pula bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , itu menyebabkan mereka cepat naik darag (marah la tu).

Pernahkah anda tahu, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah .

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara ini boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.


Sesekali nak selit translation : amik.....kalau salah jgn ketawa yer...

Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
 Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold" .
 When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.
 If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again.
Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.
Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.
When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.
You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults.

Thursday, November 25, 2010

Keturunan......

Keturunan maner kah anda????? bkn menurun ker aper yer..tapi salahsilah...agak2 aper bahasa moden atau terkini untuk salahsilah a.k.a keturunan????

Aper2 lah yer kalau rasa2 kurang paham buka2 la kamus n reki2 lah yer aper maksudnya...

Aku berketurunan kacukan....terperasan la konon (bkn kacuk cun pun) tapi ader ker keturunan kacukan??? atau pun lagi senang malindo kot......ader ker keturunan malindooo....adeii aiii ponin jab...

Dari belah bonda  -  atuk aku Kpg Talu, Pasaman Indonesia + nenek mendaling 
Dari belah abah - atuk aku org bonjur...belah mana x pasti + minangkabau (n9 laaa)

So kira2 skrg ni aku total keturunan seberanglahkan...ker aku keturunan kacukan??? blur..mmg blur... agak2 korang aper keturunan aku ekk...

Anak2 aku lagi double blur..... aku keturunan blur + apak diorg (minang + rawa) = blur mira / mirror ???? (sesuailah sgtkan.....)

Mmg blur.....nasib baik la skrg ni dah x pakai suku-sakat kalau x memang menayakan...jenuh plak nak cari maner suku...maner sakatnyer...

Pernahkah anda terfikir dari keturunan mana anda? Ermmmm..nampaknya segala akan blur selamanya kerana sudah lupus insan2 yg boleh dijadikan rujukan...

alahhhh ruginya aku...... 

Wednesday, November 24, 2010

Busuk Hati n Busuk Perut.....

Ermmm.......aper yg anda pikir bila terbaca title entry ari ni?????

Ya...erti bagi busuk hati n busuk perut adalah manusia yg x boleh dipanggil manusia..... kalau setakat busuk hati masih ada lagi belas tapi kalau dah busuk perut jawapnya mmg jenis yg langsung xder hati perut.....

Sanggup menindas atau mengfitnah sehingga habis-habisan.......naperlahhh lahirnya manusia seperti ini "alangkah elok kalau dilahirkan sebagai haiwan" kata allahyarham Ramlee B Putih (P.Ramlee) dlm klasik movie "ibu mertua ku".....

Kadang2 org2 yg busuk perut ni sanggup melaga2kan sesama sedara janji matlamat tercapai....tambah lak ngan busuk hati jawapnya mau bawah kaki jer org2 yg tidak digemari...

Apalah nak jadi............dunia..dunia...dunia.......

Tuesday, November 23, 2010

Family Bonding???????

Bonding ker???????? bkn rebonding yer.........

Kenapa kerana pekara yang remeh kadang2 boleh meretakkan keakraban keluarga? Kenapa hanya kerana
sekelumit salah memutuskan ikatan tali persaudaraan???

Ada tips org2 tua yg aku pakai namun powernyer blum nampak jelas....kalau samar2 tu adalah....

Talipusat anak2 disatukan n keep it thight together..insyallah begaduh2 pun at the end of the day they will miss each other...

Mmg aku amalkan tips ni n buat masa skrg mmg all my kids kalau lama x jumpa they feel empty space among them...dan will ask me 1001 question. Bila n why one of them not around. Adakah tip yg diberikan pada aku oleh org2 lama tu menjadi..Allahualam...x dpt la aku nak mengia atau menidakkan....
 Aku berharap they will be bounding tight among family.....sampai bila2...jgn tergugat dengan fitnah n tohmahan dari org lain dengan mengkhinzir (cam x sanggup nak sebut ayat 1 lagi tu..buruk sgt) buta....

This 25th November is my Bonda Birthday - Selamat Hari Lahir Mak.........

Monday, November 22, 2010

Cukur Jambul n naik endoi (naik buia la tu)

Masih kukuh dlm keluarga ku dua acara ini......

Kami masih mengekalkan tadisi kami...dari endoinya (buai) hingga lah bahan2 utk mencukur jambul.

Kebayakkan org2 moden sekarang sungguhpun masih ingin meneruskan acara ini tapi sudah banyak adoption
dari buainya hingga ke peralatan n kadang2 depa x panggil cukur jambul & naik buai, tapi depa lagi suka sebut baby shower......naper ekkkkk?????

Aku masih suka seme acara tradisi ini dan lagi cantik jika masih mengekalkan seme benda2 lama....dari Bermarhabannya hingga la ke acara pemotongan jambul semuanya tersusun rapi.....

Anda bagaimana???????


Peralatan utk cukur jambul
 endoi (buai) tradisional

Acara memotong jambul

Saturday, November 20, 2010

Info Sabtu - Hayati n cuba amalkan............................

ADAB MENDENGAR AZAN
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :   
'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '   

Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang.  Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan - Banyak fadhilatnya.
Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. 

Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?  
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak.  Kita takut dengan Kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' 
yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga  untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'  
semasa sakaratul maut menghampiri kami..   Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'


Friday, November 19, 2010

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
 
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"



Aku terkenang sahabat ku yg sudah pergi menyahut panggilan Illahi..




(Post kali ni khas tuk ko Nur Azela Jaffar) 

Thursday, November 18, 2010

After 21 years Gathering.....Walahhhhweiiiii......

Mmg walaweiiiiiii........

Kalau dulu semua slim-melim, solid-molid....
Skrg....mak aiiii udah kalau duduk kat sofa mau kopak sofa tu......Sodehkann....

Mengimbau seribu satu kenangan n membuka lembaran baru wit a new issuessss......

To all my school friends, I'am really glad to know U all. Hope our friendship will last forever.....
  still naughty although after 21 years.......

Hidangan Aidiladha....

Aper Hidangan Anda??? Utk berkongsi bersama aku cuma menghidangkan :-

Nasi Butter

Kari Daging

 Ayam Cemara

Sayur Campur Goreng

 Fruit Punch Cocktail

Yummyyyyy kan.......

Tuesday, November 16, 2010

Korban?????

Aper...saper yg tekorban...mengorban??? aper yang dikorban....

Gempak x????? Well... esok kita nak sambut Hari Raya Korban ..aper yg pernah anda korban atau mengorbankan? r Aper pulak yg dikorbankan...

Aper2 pun harap seme yg terbaik buat anda.

Hayatilah pengorbanan org lain yg telah dilakukan utk anda....jgn pula asyik meminta ganjaran atas aper yg anda korbankan...

Have a nice Holiday N again "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Monday, November 15, 2010

Jom Ker Kuang Kopitiam.....

Tengah buhsan2 dtg plak adinda ku mengajak ker Kuang Kopitiam...

Makanan yg diorder adalah :-


Nasi Goreng Kuang



Kueyteow Goreng


Chicken chop


Nuget & chipssss....

A lots of drinks....



Yummyyyy kekenyangan n faham2lah bila dah kenyang mata pun layuuuuuuu.........

Sunday, November 14, 2010

Nice Story to share


KERANA SEHELAI BULU MATA
 
 
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."


"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..
"

Saturday, November 13, 2010

Info Sabtu - Terangi Hati wit Ilmu yoooo.........


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir2 tersebut.... potonglah kuku anda.
 
 
The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu pun yang diajar tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

   
Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah. . Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. (x pasti la yer ker idaknyer yer tapi mungkin jugak kan......)
 
 
Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah
meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
 

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Friday, November 12, 2010

Tip hari Jumaat - renung2an n selamat mencuba.....

Seringkali kita takut akan masa depan. Namun ada kunci kebahagiaan yang perlu kita lakukan sehingga hidup akan menjadi tenang. 



Untuk Kesihatan Yang Baik 
 
1. Minum air yang banyak.
2. Makan pagi seperti seorang raja, lunchnya seperti putera raja dan makan malam seperti pengemis.
3. Utamakan makanan yang berasal dari tumbuhan dan kurangkan makanan yang dihasilkan dari pabrik.
4. Hiduplah dengan 3 E iaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy.
5. Sediakan waktu untuk berlatih meditasi, yoga dan berdoa.
6. Mainkan banyak game.
7. Lebih banyak membaca dibandingkan tahun sebelumnya.
8. Duduklah dalam suasana yag tenang minima setiap hari 10 minit.
9. Tidurlah selama 7 jam.
10. Ambil 10-30 minit untuk berjalan setiap hari. Lakukan itu sambil tersenyum


Untuk Keperibadian Yg Sihat
1. Jangan membandingkan hidup kita dengan orang lain.
2. Jangan mempunyai pemikiran negative yang tidak boleh anda kendalikan. Lebih baik salurkan pada hal-hal yang positif.
3. Jangan terlalu berlebihan. Ingatlah batasan yang ada pada diri anda.
4. Jangan terlalu serius.

5. Jangan menghabiskan waktu mu untuk gossip.
6. Lupakan hal yang telah lalu. Jangan mengingat kesalahan di masa lalu, yang menghalangi kebahagiaanmu dimasa yang akan datang.
7. Hidup ini sangat pendek untuk membenci orang lain. Jangan membenci.
8. Berdamailah dengan masa lalumu supaya tidak merosakkan masa depanmu.
9. Tidak ada yang bertanggung jawab atas kebahagiaan anda selain diri anda.
10. Sadarilah bahawa hidup itu adalah sekolah dan anda hadir didunia untuk belajar.
11. Senyum dan tertawalah sebanyak mungkin.

SOSIAL
1. Bebicaralah dengan keluargamu sekerap yg mungkin.
2. Setiap hari berilah sesuatu yang baik kepada orang lain.
3. Maafkan setiap orang untuk segalanya.
4. Berikan waktu untuk mereka yang berusia diatas 70 dan dibawah 6 tahun.
5. Cubalah memberi senyum kepada paling sedikit 3 orang setiap hari.
6. Apa yang dipikirkan oleh orang lain bukanlah urusan anda.
7. Pekerjaanmu tidak akan membantu ketika kamu sakit. Tetaplah menjalin hubungan dengan teman-teman.

KEHIDUPAN
1. Lakukan hal yang benar.
2. Apapun situasi yang kita hadapi, baik atau buruk, hal itu akan berubah.
3. Tak peduli apapun yang anda rasakan, bangunlah, berdandanlah dan tunjukan dirimu.
4. Ingatlah yang terbaik pasti akan datang.
5. Jika bangun di pagi hari, bersyukurlah kepada Tuhan.
6. Bersikaplah selalu gembira. Selalu Gembira.

Thursday, November 11, 2010

Tak Puas Hati ker???

Tengah dok lepak2 tunggu time's up utk balik...sambil2 tangan aku melayan Fb aku digeletek dengan bualan dua rakan kerja yg kurang berpuas hati dengan cara pengurus baru ditmpt aku tu....

Kenapa aku digeletek....?????

Memang pengurus tu straight x hinggat,  ia la bekas Army, Kapten plak tu....nak kencing cuti mmg haram nak dpt...kalau kata mc sila kemukakan mc tu keesokan harinyer.. kalau rasa nak cuti sila kemukakan cuti sblm 7 hari dari tarikh cuti..kalau rasa2 nak E.L perlulah ada alasan yg amat kukuh kalau idak mmg unpaid la jawapnya n kalau rasa2 nak kemana2 n amik masa opis dlm sejam r two sila la ganti balik dengan balik lmbt lepas waktu kerja.

Tapi yg peliknya ngan aku dia xder la sampai camtu sekali.....mmg kalau bab cuti dia tetap buat yg sama tapi kalau kata aku nak cabut sejam dua x pernah plak dia minta aku ganti semula...ermmmm....mungkin sbb aku ni pekerja cemerlang kot (sesekali puji diri sendiri x salahkan) walaupun.....

Yg dok mengumpat tu plak kalau bab keje mmg slow giler..kekadang aku sendiri boleh naik hantu dibuatnya...so aku terfikir sendiri....

What you give you get back la kan......LAYAN...............LU PIKIR LA SUNDIRI kannnnn.......

Wednesday, November 10, 2010

Patutkah....?????

PATUTKAHHHH.....

Patutkah kita mendengar cemuhan yg dilemparkan pada kita???
Patutkah kita membiarkan cacian yang melibatkan bangsa kita???
Patutkah kita biarkan seperti angin laluan kata2 nista yg dihamburkan pada negara kita???

Memang sepatutnya tidak patut....namun....sapalah aku, insan yang terlalu kerdil untuk mengherdik, mencaci dan melemparkan semula kata nista pada pemunya mulut....yang mampu aku buat hanya "buat bodo"

Teruk sgtkah bangsa kita???
Teruk sgtkah negara kita????....

Yang sebenarnya empunya diri yg x tahu bersyukur kerana berkahwin dan tinggal dibumi Malaysia yang bertuah dan dikelilingi dengar bangsa malaysia yg tinggi budi pekerti, yang tidak tahu menyimpan dendam kesumat......

Andainya tika ini kau ditempat lain.....ermmmmm.....

Tuesday, November 9, 2010

Dengki kah aku......

Bila melihat tajuk aper yg bermain diminda anda????

Aku ingin bertanya pada diriku adakah aku dengki pada manusia2 berjaya dikeliling ku, dengkikah aku dengan kecantikan yg dimiliki oleh insan2 yg diberikan allah anugerah tersebut..dengkikah aku dengan dengan kebahagiaan yg dimiliki oleh rakan2 sekeliling ku??

Yer...mmg aku dengki...dan kadang2 aku bertanya pada diri kenapa aku tidak dapat memiliki aper yg dimiliki oleh mereka...

Tapi apa kurangnya aku....walau aku kurang berjaya, namun aku bahagia, walau aku x menarik tapi aku disayangi oleh insan2 yg yg memang menyayangi aku tanpa ada hadnya.

Mmg aku dengki tapi aku bersyukur kerana Allah x menguji aku dengan kenikmatan tersebut...mungkin jika aku dianugerahkan kecantikan aku akan lupa diri, mungkin jika aku dianugerahkan kejayaan aku akan bongkak namun aku tidak boleh mendengki kerana kebahagian rakan2 sekeliling aku...kerana mereka berhak untuk bahagia kerana aku juga bahagia....

Putih lambang bersih...BETUL KER????

Terkena, dikenakan r mengena ?????

3 patah perkataan yg hampir serupa tapi impaknya cukup hebat pada sesiapa yang mengalaminya.
Kadang2 kita alpa dan ketika itu kita sama ada terkena atau mengena....terkena disbbkan kealpaan, dan yg ingin  menjadikan kita target seronok sebab jerat nyer mengena... disitu pula kita dikenakan...

Anda dikategori mana? Terkena, dikena atau mengena?

Aku...aku mmg suka mengena tapi sayangnya selalu jerat aku x terkena...so terpaksa la aku berputih mata.
Aku juga selalu terkena....(dulu) sebab aku terlalu meletakkan kepercayaan kepada org lain. Setelah berkali-kali terkena so skrg aku juga menjadi sedikit cerdik....aku kini pandai menolak (tai chi)

So berhati2 lah memilih kawan...jgn terpilih kawan makan kawan.....

Monday, November 8, 2010

Kukuhkah ikatan persaudaraan kita?

Terdetik di hati aku tika ini...apakah yg dipanggil persaudaraan? Adakah aku tahu dan aku paham apa itu persaudaraan?? Adakah persaudaraan itu antara adik-beradik, saudara-mara atau bagaimana?

Sungguh aku keliru.....

Adakah persaudaraan itu datang dari pertalian?? Jika tanpa pertalian apakah kita bukan bersaudara???

Yang bersaudara pun kadang-kadang sanggup memutuskan tali ikatan persaudaraan hanya kerana pergeselan yang sepatutnya boleh diselesaikan. Memang aku keliru.....

Keliru..keliru..keliru...

Betulkah tanggapan aku bahawa bersaudara adalah " susah bersama senang juga bersama."....adakah? Aku dibesarkan oleh seorg wanita yang x punya banyak saudara (jika saudara itu diukur dengan pertalian darah) namun dia gigih mengutip saudara....dan hasilnya dia punya ramai "SAUDARA" yang sanggup bersusah bersama dan senang pun bersama....


       Aku juga ingin mengutip SAUDARA...boleh kah??????

Kenapa N mengapa?

Sepanjang perjalanan aku ketmpt kerja hari ini aku tertanya2......KENAPA n MENGAPA hati manusia skrg menjadi batu????

Mungkinkah kerana kita sudah tidak kisah, atau mungkinkah kerana kita ingin menjadi priority atau mungkinkah kerana kita sudah buta?????

Anda dimana???

Aku...aku masih kisah..dengan peredaran masa, perlakuan manusia hatta dengan bintang sekali pun aku masih kisah...Aku tidak hinggin menjadi priority dimana2...aku ingin menjadi aku yg seadanya dan aku juga tidak buta, aku melihat semua kecelaruan masa dan kecelaruan peradapan itu sendiri....NAMUN aku terpaksa membisu walaupun aku tidak bisu....

ADILKAH..........

Sunday, November 7, 2010

Reunion

Speak Now

Reunion aku dialam maya with all school mate selepas 20 tahun meninggalkan alam persekolahan....Walahhhweiiii....semua dah kembang semangkuk. Tapi mmg fun beb...

Agaknyer mmg sekarang ni trend reunion kot...maner2 aku tengok semua semangat tuk buat reunion, tapi adakah reunion tersebut akan memberi kebahagiaon atau hanya akan membawa keaiban???? Semua atas diri masing2kan...Tepuk dada tanya selera...

Memanjangkan dan mengeratkan silatulrahim adalah digalakan dlm Islam..betullllll????

Go..go guy.....I'll support all the way......

Salam Perkenalan......

Walaupun sudah lama menjadi rakan blogger, baru hari ini aku memberanikan diri mengisi ruang screen maya ini. Apakah kebaika